TUTONG, Wednesday, 23 October 2019 – A total of 41 personnel consisting of Officers and personnel from B Company, First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) made a working visit to the Maraburong Prison.
The visit began with a briefing on the roles and organisational structure of Maraburong Prison and explanation and programs as well as activities carried out by Maraburong Prison. The visit continued with a tour of the prison infrastructure and a firsthand exposure of the daily routine of the residents which teaches the residents on the practice of high discipline, community living, learning, emphasis on religious values and followed by a demonstration of whipping. The visit concluded with a photo session and a presentation of memento to one of the officers from Maraburong Prison.
The visit was part of the annual Battalion activity conducted to other government agencies for the purpose of providing awareness and exposure.

LAWATAN KERJA BAGI ANGGOTA BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE PENJARA MARABURONG
TUTONG, Rabu, 23 Oktober 2019. – Seramai 41 anggota yang terdiri daripada Pegawai dan anggota- anggota dari Kompeni B, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah membuat lawatan kerja ke Penjara Maraburong, Tutong.
Lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat mengenai struktur organisasi Penjara Maraburong, penerangan yang terperinci mengenai fungsi dan program serta aktiviti yang dijalankan di Penjara Maraburong. Rombongan lawatan kemudian dibawa melawat ke prasarana dan melihat bagaimana cara kehidupan di Penjara Maraburong yang mana ianya menerapkan kehidupan berdisiplin tinggi, hidup berkomuniti, belajar dan menerapkan nilai-nilai keagamaan dan kerohanian. Kemudian diikuti dengan demonstrasi dan tatacara hukuman sebat dijalankan. Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan penyampaian cenderahati kenangan kepada salah seorang Pegawai di Penjara Maraburong.
Lawatan tersebut adalah sebahagian dari aktiviti tahunan Batalion ke agensi kerajaan yang berkenaan bagi tujuan untuk memberikan kesedaran dan pendedahan.