
TEMBURONG, Sunday, 25 April 2021 - First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Department has jointly organised the Ihya Ramadhan and outreach Programme to Kampong Selangan Mosque. This religious programme was the third function co-organised by 1Bn RBLF and JAMA’AT this Ramadhan.
Present at the programme were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, The Minister of Defence II, Permanent Secretary, Commander of RBLF, Deputy Permanent Secretaries, Senior officers and Officers from the Ministry of Defence (MINDEF), RBAF and RBLF.
The programme started at Bangar Camp with the recitation of Surah Yassin and Tahlil, followed by light refreshments for Iftar, mass Fardhu Maghrib Prayer and dinner with the Officers and personnel of 1Bn RBLF at the Cookhouse, Bangar Camp. The programme then moved to Kampong Selangan Mosque to perform mass Fardhu Isya’ Prayers, Sunat Tarawih and Witir prayers led by Imam Mahdini bin Kamis and Tadarus Al-Quran by the congregation. The programme concluded with the handing over of donations to the mosque.
The religious programme serves to encourage religious activities and maximise good deeds to gain greater rewards especially in this month of Ramadhan. It also serves to further strengthen the bonds between the residents of Kampong Selangan and RBLF personnel.



BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ANJURKAN AKTIVITI KEAGAMAAN BAGI MENTERI PERTAHANAN KEDUA DI MASJID KG SELANGAN
TEMBURONG, Ahad, 25 April 2021 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) dengan kerjasama Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT ABDB) telah menganjurkan Program Ihya Ramadan dan Program Jangkauan di Masjid Kampong Selangan. Majlis tersebut adalah majlis yang ketiga yang dianjurkan bersama oleh 1Bn TDDB dan JAMA’AT pada bulan Ramadan tahun ini.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Setiausaha Tetap, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, serta Pegawai-pegawai kanan dan Pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan, ABDB dan TDDB.
Majlis dimulakan di Perkhemahan Bangar dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil, menikmati juadah sungkai ringan, Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah menikmati jamuan makan malam di Rumah makan, Perkhemahan Bangar bersama Pegawai-pegawai dan anggota-anggota 1Bn TDDB. Majlis seterusnya bergerak ke Masjid Kampong Selangan untuk menunaikan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah, Sembahyang Sunat Terawih dan Sunat Witir yang diketuai oleh Imam Mahdini bin Kamis dan Tadarus Al-Quran beramai-ramai. Majlis diakhiri dengan penyerahan sumbangan kepada masjid.
Majlis keugamaan ini bertujuan untuk meningkatkan amalan dan ketakwaan demi meraih keberkatan terutama di bulan suci Ramadan. Ia juga berperanan dalam mengukuhkan lagi ukhuwah silaturahim di antara anggota TDDB bersama penduduk Kampong Selangan.