
MENUNGGOL, Friday, 23 April 2021 - First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) in collaboration with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Department has organised the Ihya Ramadhan and outreach Programme to Kampong Menunggol Mosque. The religious function was the second function co-organised by 1Bn RBLF and JAMA’AT this Ramadhan.
Present at the programme were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, The Minister of Defence II, Permanent Secretary, Commander of RBLF, Deputy Permanent Secretaries, Senior officers and officers from the Ministry of Defence (MINDEF), RBAF and RBLF.
The event began with Iftar together with the Imam, Bilal and the local residents of Kampong Menunggol followed by mass Maghrib Prayer. The event continued with mass Fardhu Isya’ Prayer, Sunat Terawih and Sunat Witir Prayer led by Imam Haji Muhammad Khairun Nazhem @ Mazlan bin Maimon and Tadarus Al-Quran by the congregation. The event concluded with the handing over of donations to the mosque and distribution of aid to the underprivileged kampung residents.
The religious programme serves to encourage religious activities and maximise good deeds to gain greater rewards especially in this month of Ramadhan. It also serves to further strengthen the bonds between the residents of Kampong Menunggol and RBLF personnel.
BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ANJURKAN AKTIVITI KEAGAMAAN BAGI MENTERI PERTAHANAN KEDUA DI MASJID KG MENUNGGOL
MENUNGGOL, Jumaat, 23 April 2021 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) dengan kerjasama Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT ABDB) telah menganjurkan Program Ihya Ramadan dan Program Jangkauan di Masjid Kampong Menunggol. Majlis tersebut adalah majlis kedua yang dianjurkan bersama oleh 1Bn TDDB dan JAMA’AT pada bulan Ramadhan tahun ini.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Setiausaha Tetap, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan, ABDB dan TDDB.
Majlis dimulakan dengan bersungkai bersama Imam, Bilal dan penduduk Kampong Menunggol dan kemudian disambung dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Majlis diteruskan dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah, Solat Sunat Terawih dan Sunat Witir yang diketuai Imam Haji Muhammad Khairun Nazhem @ Mazlan bin Maimon dan Tadarus Al-Quran. Majlis diakhiri dengan penyerahan sumbangan kepada masjid dan bantuan kepada orang-orang yang kurang berkemampuan di kampung tersebut.
Majlis keugamaan ini bertujuan untuk meningkatkan amalan dan ketakwaan demi meraih keberkatan terutama di bulan suci Ramadan. Ia juga berperanan dalam mengukuhkan lagi ukhuwah silaturahim di antara anggota TDDB bersama penduduk Kampong Menunggol.