BERAKAS GARRISON, Friday, 14 April 2023 – First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held an iftar with former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors (RSMs) at Surau Al-Faizun, Berakas Garrison.

Present were Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Laila Perkasa Colonel (Rtd) Dato Paduka Haji Mahdini bin Dato Paduka Haji Basir, Brigadier General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Haji Yussof bin Haji Abd Rahman, Colonel (Rtd) Pengiran Dato Paduka Haji Rosli bin Pengiran Haji Chuchu as well as other invited guests.

The event began with a group photo session, followed by the recitation of Surah Yassin and Tahlil. Then, the event continued with a light Iftar, mass Fardhu Maghrib prayers, dinner and the presentation of mementos by Major Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh, Commanding Officer of 1Bn RBLF and by Warrant Officer One Mohd Haswandi bin Haji Paun, Regiment Sergeant Major 1Bn RBLF. The event concluded with the recitation of Doa Selamat.

This is an annual event for 1Bn RBLF that is held every Ramadhan to honor and commemorate the contributions of former Commanding Officers and RSMs as well as to strengthen the bond among 1Bn RBLF personnel.

 

BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN SARJAN MEJAR REJIMEN

BERAKAS GARISON, Juma’at, 14 April 2023 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) bertempat di Surau Al-Faizun, Berakas Garison.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Laila Perkasa Kolonel (B) Dato Paduka Haji Mahdini bin Dato Paduka Haji Basir, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Yussof bin Haji Abd Rahman, Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Haji Rosli bin Pengiran Haji Chuchu serta para jemputan khas lainnya.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai, diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil. Kemudian, majlis diteruskan dengan berbuka puasa, menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, makan malam dan penyampaian cenderahati kenangan oleh Mejar Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB dan Pegawai Waran Satu Mohd Haswandi bin Haji Paun, SMR 1Bn TDDB. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan 1Bn TDDB yang dilaksanakan pada setiap bulan Ramadan bagi menghargai dan memperingati jasa bakti mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan SMR selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama dengan anggota 1Bn TDDB.