
BERAKAS GARRISSON, Thursday, 14 April 2022 - First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held Iftar with the former Commanding Officers (CO) and Regiment Sergeant Major (RSM) that took place at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison. A total of 10 former COs and 14 former RSMs were present as invited guests for the event.
Present among the invited guest was Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (Retired) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Perkasa Colonel (Retired) Dato Paduka Haji Mahdini bin Dato Paduka Haji Basir and Yang Dimuliakan Pehin Datu Paduka Raja Dato Seri Pahlawan Major General (Retired) Haji Shari bin Ahmad. Also in attendance were Lieutenant Colonel Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Commanding Officer of 1Bn RBLF, officers and personnel of 1Bn RBLF.
Upon arrival, the former COs and RSMs were invited to the signing of parchments followed by a group photo session. The ceremony then commenced with the recitation of Surah Yassin and Tahlil led by Imam Hj Md Anndy@Rafie bin Saile and Private Abd Manan bin Othman from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Directorate. The event continued with light refreshments for Iftar followed by mass Fardhu Maghrib Prayer.
The event then continued with the presentation of souvenirs by Commanding Officer of 1Bn RBLF to all former Commanding Officerand Regimental Sergeant Majors of 1Bn RBLF. The event then proceeded with dinner followed by the mass Fardhu Isya ’Prayer, Sunat Terawih and Witir Prayer and concluded with Tadarus Al-Quran.
This event is an annual activity for 1Bn RBLF which is usually carried out during the holy month of Ramadhan. It aims to appreciate and commemorate the services rendered by the former COs and RSMs as well as to strengthen the bond among 1Bn RBLF personnel.

BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA MANTAN- MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN MANTAN-MANTAN SARJAN MEJAR REJIMEN
BERAKAS GARISON, Khamis, 14 April 2022 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Bersungkai bersama mantan-mantan Pegawai Pemerintah (Peg Pem) 1Bn TDDB dan mantan-mantan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) 1Bn TDDB bertempat di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison. Seramai 10 mantan-mantan Peg Pem dan 14 mantan-mantan SMR hadir selaku jemputan-jemputan khas bagi majlis tersebut.
Di antara jemputan khas yang hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Perkasa Kolonel (Bersara) Dato Paduka Haji Mahdini bin Dato Paduka Haji Basir and Yang Dimuliakan Pehin Datu Paduka Raja Dato Seri Pahlawan Mejar Jeneral (Bersara) Haji Shari bin Ahmad. Turut hadir ialah Leftenan Kolonel Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB, pegawai-pegawai dan anggota-anggota 1Bn TDDB.
Sejurus ketibaan, mantan-mantan Peg Pem dan SMR dijemput untuk menandatangani lembaran kenangan diikuti dengan bergambar ramai. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang diketuai oleh Imam Hj Md Anndy@Rafie bin Saile dan Soldadu Abd Manan bin Othman, anggota dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis diikuti dengan menikmati juadah sungkai ringan diikuti dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati yang telah disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan SMR 1Bn TDDB. Majlis seterusnya disambung dengan menikmati jamuan makan malam dan diteruskan dengan Sembahyang Fardhu Isya’, Solat Sunat Terawih serta Witir berjemaah dan diakhiri dengan Tadarus Al-Quran.
Majlis ini diadakan sebagai aktiviti tahunan 1Bn TDDB yang lazim dilaksanakan pada setiap bulan suci Ramadhan. Antara objektif majlis ini dilaksanakan adalah sebagai tanda penghargaan dan memperingati jasa bakti mantan-mantan Peg Pem dan SMR yang terdahulu selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama dengan anggota 1Bn TDDB.