BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 21 October 2019
– In conjunction with the 58th Royal Brunei Land Force’s (RBLF) anniversary, personnel from First Battalion RBLF conducted a community service as part of their ‘Hearts and Minds’ Programme at Pusat SMARTER E.D.G.E Kampong Perpindahan Mata-Mata and SMARTER B.A.C.A Kampong Sungai Hanching.

The event started with the recitation of
Surah Yassin in which also present to enlighten the initiation of the event were Major Erawan bin Hj Abu Bakar, acting Deputy Commanding Officer of First Battalion RBLF and acting Chief Executive Officer (CEO) of SMARTER, Sharifah Adila Surya Binti Malai Hj Abdullah @ Malai Adila Surya.

This programme is aligned with the role of the RBLF in its aim to foster and strengthen its rapport with the community as well as to carry out ‘Hearts and Minds’ Projects and conducting charity works.


BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MELAKSANAKAN AKTIVITI KHIDMAT KEMASYARAKATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE-58

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 21 Oktober 2019 – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) ke 58 tahun, anggota-anggota dari Batalion Pertama TDDB telah melaksanakan aktiviti khidmat kemasyarakatan iaitu sebagai sebahagian daripada program
‘Hearts and Minds’ di Pusat SMARTER E.D.G.E Kampong Perpindahan Mata-Mata dan SMARTER B.A.C.A Kampong Sungai Hanching.

Aktiviti di mulakan dengan bacaan
Surah Yassin di mana turut hadir untuk memeriahkan aktiviti adalah Yang Mulia Mejar Erawan bin Hj Abu Bakar, Pemangku Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion Pertama TDDB dan Yang Mulia Sharifah Adila Surya Binti Malai Hj Abdullah @ Malai Adila Surya Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SMARTER. 

Aktiviti yang telah dilaksanakan ini adalah selaras dengan hasrat TDDB yang bertujuan ingin mengeratkan dan mengukuhkan lagi hubungan baik warga tentera bersama masyarakat awam melalui program seperti
‘Hearts and Minds’ dan projek kempen kemasyarakatan tersebut.