BRUNEI MUARA, Sunday, 27 December 2020 – First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) provided assistance in the clearing of trees and conducted cleaning campaigns at the surrounding areas of Surau Sultan Saiful Rijal Technical School (MTSSR) which was organised by the Imam of Surau MTSSR,
Mohd Helmy bin Haji Jamil.
A total of 15 1Bn RBLF personnel were involved in this activity along with Imam of Surau MTSSR, members of the Surau MTSSR committee and residents of the area.
This charitable effort is one of the RBLF’s social responsibilities to strengthen the ties between RBLF and the community whilst performing Ibadah by cleaning the surau to enhance safety for the local residents as well as to encourage the act of contributing back to the community.

BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI HULUR BANTUAN KEMASYRAKATAN DI MTSSR
BRUNEI MUARA, Ahad, 27 Disember 2020 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah memberikan bantuan dalam penebangan pokok di samping mengadakan aktiviti membersihkan kawasan Surau Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal (MTSSR) yang dikendalikan oleh Mohd Helmy bin Haji Jamil, Imam Surau Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal.
Seramai 15 anggota 1Bn TDDB tampil menghulurkan bantuan melalui aktiviti ini untuk saling bergotong-royong bersama dengan Imam Surau MTSSR, ahli jawatankuasa Surau MTSSR dan penduduk kampung setempat untuk menjayakan aktiviti berkebajikan berkenaan.
Usaha murni ini sememangnya merupakan salah satu tanggungjawab sosial TDDB untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara TDDB bersama masyarakat awam. Bantuan tersebut juga diniatkan sebagai amal ibadah dalam membantu membersihkan kawasan surau demi menjaga keselamatan penduduk serta memupuk keinginan warga TDDB untuk terus berbakti dan menyumbang balik kepada masyarakat.