
BRUNEI MUARA, Monday, 26 April 2021 - In conjunction with the holy month of Ramadhan, the First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) has organised a cleaning campaign and Tahlil event that took place at Kampong Masin Islamic Cemetery and Kampong Lumapas Islamic Cemetery for deceased 1Bn RBLF personnel.
The event commenced with the recitation of Tahlil and Doa Arwah, followed by the pouring of air asah-asahan over the graves of the deceased and concluded with a cleaning campaign.
This campaign is part of charitable activities conducted by RBLF during the holy month of Ramadhan. It also serves to enhance the spiritual development and cooperation amongst RBLF personnel as well as to encourage the desire to serve and contribute to society.


BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPONG MASIN DAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPONG LUMAPAS
BRUNEI MUARA, Isnin, 26 April 2021 – Bersempena dengan bulan suci Ramadan, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan kempen kebersihan di tanah perkuburan anggota-anggota 1Bn TDDB yang telah kembali ke Rahmatullah bertempat di Tanah Perkuburan Islam Kampong Masin dan Tanah Perkuburan Islam Kampong Lumapas.
Acara dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah beramai-ramai dan diikuti dengan menyiram air asah-asahan. Acara kemudian diakhiri dengan membersihkan tanah perkuburan.
Kempen ini merupakan sebahagian daripada aktiviti amal dan berkebajikan yang dikendalikan oleh TDDB sempena memperingati bulan suci Ramadan. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota serta memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.