BRUNEI MUARA, Tuesday, 04 May 2021 - In conjunction with the holy month of Ramadhan, First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) organised a cleaning campaign and Tahlil event at Buang Kepayang Muslim Cemetery and followed by the handover of donations for orphans at Kampong Menunggol. 

The event commenced with the cleaning campaign and followed by the recitation of Tahlil and Doa Arwah at Buang Kepayang Muslim Cemetery. The event then proceeded for the handover of orphan donations to Awg Yusuf bin Muhammad, acting village head of Kampong Menunggol on behalf of the orphan, and concluded with Doa Selamat.

The campaign is part of charitable activities conducted by RBLF during the holy month of Ramadhan. It also serves to enhance the spiritual development and cooperation amongst RBLF personnel and to encourage the desire to serve and contribute to society as well as to alleviating the burden of orphans in celebrating Ramadhan and the upcoming Hari Raya Aidilfitri.


BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM BUANG KEPAYANG DAN PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA ANAK YATIM DI KAMPONG MENUNGGOL

BRUNEI MUARA, Selasa, 04 Mei 2021 – Bersempena dengan bulan suci Ramadan, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan kempen kebersihan dan Tahlil bertempat di Tanah Perkuburan Islam Buang Kepayang dan diteruskan dengan penyerahan sumbangan derma anak-anak yatim Kampong Menunggol.

Acara dimulakan dengan membersihkan tanah perkuburan dan diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah. Acara kemudian di akhiri dengan penyerahan sumbangan anak yatim kepada Awg Yusuf bin Muhammad, pmk Ketua Kampong Menunggol selaku wakil.

Acara ini merupakan sebahagian daripada aktiviti amal dan berkebajikan yang dikendalikan oleh TDDB sempena memperingati bulan suci Ramadan. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota dan memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat serta untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim semasa bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.