BERAKAS GARRISON, Tuesday 17 September 2019 – First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held an Adjutant’s parade comprised of 1Bn RBLF personnel at the Parade Square, Berakas Garrison.

Present as Guest of Honour was Captain Mohd Hamdillah Najri bin Jafri, Adjutant of 1Bn RBLF. Also present to witness the ceremony were other RBLF adjutants, officers, Senior ranks and other personnel of 1Bn RBLF.

The parade commenced with an honourary salute and the recitation of Surah Al-Fatihah. The ceremony continued with a parade inspection followed by a speech. In his speech, the guest of honour reminded personnel not to commit military offences such as drug abuse, gambling, absence of duty without leave, failure to comply with lawful order and breach of security.

The parade concluded with the recitation of Doa Selamat headed by Private Abd Manan bin Osman from Religious Department, RBAF. The parade is part of yearly activity which serve to improve discipline and practice of marching drills for 1Bn RBLF personnel. It is also to ensure that all personnel’s ceremonial dress is immaculate and ready to be worn at any times when needed.

UPACARA PERBARISAN EJUTAN BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARRISON, Selasa, 17 September 2019 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan upacara Perbarisan Ejutan 1Bn TDDB yang berlangsung di Padang Kawad 1Bn TDDB, Berakas Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis adalah Yang Mulia Kapten Mohd Hamdillah Najri bin Jafri, Ejutan 1Bn TDDB. Turut hadir adalah Ejutan-ejutan TDDB, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan serta anggota-anggota 1Bn TDDB.

Upacara perbarisan dimulakan dengan tabik hormat dan bacaan Surah Al-Fatihah. Upacara diteruskan dengan pemeriksaan barisan dan diteruskan dengan ucapan dari tetamu kehormat majlis. Antara perkara-perkara yang telah ditekankan semasa ucapan adalah mengenai menjauhi kesalahan-kesalahan tentera yang bertentangan dengan etika seorang tentera seperti penyalahgunaan dadah, judi, meminum minuman keras, tidak hadir bertugas tanpa cuti, ingkar menurut perintah yang sah dan pelanggaran sekuriti.

Upacara perbarisan diakhiri dengan doa selamat yang dibacakan oleh Sld Abd Manan bin Osman daripada Jabatan Ugama ABDB. Tujuan upacara tersebut diadakan bukan sahaja sebagai salah satu aktiviti tahunan, ianya juga bagi meningkatkan mutu, disiplin dan tatertib berkawad bagi anggota 1Bn TDDB. Tujuan lainnya juga adalah bagi membuat pemeriksaan pakaian bagi memastikan semua anggota mempunyai pakaian istiadat yang kemas dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa diperlukan.