BERAKAS GARRISON, Saturday, 8th August 2026 – The First Battalion, Royal Brunei Land Forces (1Bn RBLF), hosted an educational visit for a delegation of 21 Korean students from Zera Co. as part of the English Summer Camp Programme. The visit was held at the Saddle Club, Berakas Garrison, and was coordinated by the Brunei Economic Development Board (BEDB) in collaboration with Zera Co. and TOV Global Sendirian Berhad.

The visit commenced with welcoming remarks by Major Mahathir bin Haji Nordin, Commanding Officer of 1Bn RBLF, followed by a briefing on the organisational structure, roles and responsibilities of the Royal Brunei Land Forces. The programme continued with a static display showcasing selected assets and equipment employed by RBLF units.

The visit aimed to provide the students with exposure to the Royal Brunei Land Forces and a better understanding of its organisational structure, roles and capabilities. It also supported the objectives of the English Summer Camp Programme by promoting cultural exchange, experiential learning and engagement with the local defence community.

BATALION PERTAMA TDDB MENERIMA LAWATAN PELAJAR KOREA SEMPENA PROGRAM ENGLISH SUMMER CAMP

BERAKAS GARISON, Sabtu, 08 Ogos 2026 – Batalion Pertama, Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB), telah menerima kunjungan lawatan pendidikan daripada delegasi seramai 21 orang pelajar Korea dari Zera Co. sebagai sebahagian daripada Program English Summer Camp. Lawatan tersebut telah diadakan di Saddle Club, Kem Berakas dan diselaraskan oleh Brunei Economic Development Board (BEDB) dengan kerjasama Zera Co. dan TOV Global Sendirian Berhad.

Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Mejar Mahathir bin Haji Nordin, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB, diikuti dengan taklimat mengenai struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab TDDB. Program kemudiannya diteruskan dengan pameran statik yang mempamerkan aset dan peralatan terpilih yang digunakan oleh unit-unit TDDB.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai TDDB serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap struktur organisasi, peranan dan keupayaan TDDB. Di samping itu, lawatan ini turut menyokong objektif Program English Summer Camp melalui penggalakan pertukaran budaya, pembelajaran secara pengalaman serta interaksi dengan komuniti pertahanan tempatan.