BERAKAS GARISSON, Wednesday, 26 October 2022 – In conjunction with the Royal Brunei Land Force (RBLF) Diamond Jubilee, First Battalion RBLF (1Bn RBLF) today held Semangat Muhibbah at the Warrant Officers’, Staff Sergeants’ and Sergeants’ Mess.

Present as the Guest of Honour (GOH) was Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Brunei-Muara’s District Officer. Also Present were the Assistant District Officer, Head of Mukim, and Head of Villages from the Brunei-Muara District.

The GOH was welcomed by Major Mahathir bin Haji Nordin, Acting Commanding Officer (CO) of 1Bn RBLF. The event began with welcoming remarks by the Acting CO of 1Bn RBLF, he highlighted the importance of fostering relationships with the community and stakeholders of the district. The event continued with a briefing of the roles and responsibilities of 1Bn RBLF as well as its achievements, in addition to its role as protector of the community in which it operates. The session ended with a question-and-answer session, where the heads of villages raised issues and suggestions on improving the betterment of the district and community.

The event proceeded with a group photo session followed by luncheon. The event continued with the signing of parchment and concluded with the handing of memento to the GOH. Also present at the event were Field Commander RBLF, Senior Officers, Officers, and personnel of 1Bn RBLF.

The intention of the event was to enhance and foster unity with the community to jointly maintain the peace and harmony of Brunei Darussalam. The event is held annually, with the aim of strengthening the relationship with the stakeholders by exchanging knowledge and experiences with each other.

 

BATALION PERTAMA TDDB ADAKAN SEMANGAT MUHIBBAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN JUBLI INTAN TDDB

BERAKAS GARISON, Rabu, 26 Oktober 2022 – Sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Intan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Batalion Pertama (1Bn TDDB) telah mengadakan acara Semangat Muhibbah bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pegawai Daerah Brunei-Muara. Turut hadir adalah Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampong di dalam Daerah Brunei-Muara.

Ketibaan Tetamu Kehormat disambut oleh Mejar Mahathir bin Haji Nordin, Pemangku Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB dimana beliau menekankan kepentingan acara berkenaan dalam memupuk hubungan bersama masyarakat serta pihak yang berkepentingan di dalam daerah ini. Acara kemudian diteruskan dengan taklimat tentang peranan dan tanggungjawab 1Bn TDDB serta kejayaan yang dicapai disamping peranannya melindungi dan menyedari sensitiviti masyarakat di mana ia beroperasi. Sesi tersebut kemudiannya diakhiri dengan sesi muzakarah di mana ketua-ketua kampung membangkitkan isu-isu dan cadangan-cadangan tertentu bagi meningkatkan kemajuan daerah dan masyarakat.

Acara tersebut diteruskan dengan sesi bergambar ramai diikuti dengan makan tengah hari dan menandatangani lembaran kenangan kemudian diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pemerintah Medan TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama TDDB.

Hasrat daripada majlis tersebut di buat adalah agar dapat membina dan memupuk perpaduan bersama masyarakat agar dapat bersama-sama menjaga keamanan dan keharmonian Negara Brunei Darussalam. Majlis tersebut yang diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim bersama pihak berkepentingan agar dapat berkongsi ilmu dan pengelaman diantara satu sama lain.