BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 27 September 2023 – The Finance Department Royal Brunei Land Force (RBLF) Headquarters in collaboration with Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) held a Finance Management Briefing today for the Medical Services, RBLF personnel that took place at Ibnu Sina Hall, Medical Services Headquarters, Bolkiah Garrison. The briefing was delivered BIBD Financial Officer.
A total of 50 officers and personnel of Medical Services RBLF attended the briefing which focused on personal financial management. It emphasised the importance of establishing an emergency fund, monthly income management, zakat requirements and several BIBD facilities that could be helpful during financial difficulties.
The briefing serves to promote awareness for Medical Services RBLF personnel on the importance of individual financial management and encourage to develop effective financial practices. Additionally, it is one of the initiatives launched by the Finance Department RBLF to accomplish the goal towards having literate personnel in financial management.


TAKLIMAT PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI DARI BANK ISLAM BRUNEI DARUSSALAM (BIBD) TINGKATKAN KESEDARAN LITERASI KEWANGAN ANGGOTA KHIDMAT PERUBATAN DAN KESIHATAN TDDB
BOLKIAH GARISON, Rabu, 27 September 2023 – Pejabat Kewangan Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan kolaborasi padu bersama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mengadakan Taklimat Pengurusan Kewangan Peribadi pada hari ini bagi anggota Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB bertempat di Dewan Ibnu Sina, Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Bolkiah Garison. Taklimat disampaikan oleh Pegawai Kewangan BIBD.
Seramai 50 pegawai dan anggota Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB menghadiri taklimat berkenaan yang memfokuskan pengurusan kewangan persendirian. Ia juga menekankan kepentingan untuk mempunyai simpanan kecemasan, pengurusan pendapatan bulanan, kewajiban dalam pembayaran zakat dan beberapa kemudahan yang ditawarkan oleh BIBD bagi menyelesaikan permasalahan kewangan.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi kesedaran betapa pentingnya pengurusan kewangan persendirian yang mantap khususnya bagi bagi anggota Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dan menanamkan tabiat kewangan yang lebih baik. Ia juga merupakan salah satu inisiatif Pejabat Kewangan Markas TDDB bagi merealisasikan matlamat dalam menuju ke arah warga TDDB yang celik ilmu pengurusan kewangan.