
BERAKAS GARRISON, Tuesday, 8 August 2023 – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) continued to conduct a Finance Management Briefing for the personnel of Royal Brunei Land Force Headquarters (RBLF HQ) and RBLF Company HQ (RBLF Coy HQ) that took place today at the Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. The briefing was delivered by Hajah Khaziah Azura binti Dato Paduka Haji Abdul Rahman and Dayang Riana Pertiwi binti Abu Bakar, BIBD Financial Officers.
A total of 100 officers and personnel of RBLF HQ and RBLF Coy HQ attended the briefing which focused on personal financial management. It highlighted the importance of having emergency fund, monthly income management, obligations in performing zakat and several facilities provided by BIBD that could assist in financial difficulties.
This event was a collaboration between RBLF and BIBD which serves to educate personnel of RBLF HQ and RBLF Coy HQ on the importance of individual financial management and to exercise better financial habits. In addition, it is also to foster strong financial management skills for a healthier financial future.



TAKLIMAT PENGURUSAN KEWANGAN DARI BANK ISLAM BRUNEI DARUSSALAM (BIBD) TERUS TINGKATKAN KESEDARAN LITERASI KEWANGAN
BERAKAS GARISON, Selasa, 8 Ogos 2023 – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) terus mengadakan Taklimat Pengurusan Kewangan Peribadi pada hari ini bagi anggota Markas Tentera Darat Diraja Brunei (Mrks TDDB) dan Kompeni Mrks TDDB (Komp Mrks TDDB) bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Taklimat telah disampaikan oleh Hajah Khaziah Azura binti Dato Paduka Haji Abdul Rahman and Dayang Riana Pertiwi binti Abu Bakar, Pegawai Kewangan BIBD.
Seramai 100 pegawai dan anggota Mrks TDDB dan Komp Mrks TDDB menghadiri taklimat berkenaan yang memfokuskan pengurusan kewangan persendirian. Ia juga menekankan kepentingan untuk mempunyai simpanan kecemasan, pengurusan pendapatan bulanan, kewajiban dalam pembayaran zakat dan beberapa kemudahan yang ditawarkan BIBD bagi menyelesaikan permasalahan kewangan.
Kerjasama padu antara TDDB dan BIBD ini bertujuan untuk memberi kesedaran betapa pentingnya pengurusan kewangan persendirian yang mantap khususnya bagi anggota Mrks TDDB dan Komp Mrks TDDB dan menanamkan tabiat kewangan yang lebih baik. Ia turut berperanan dalam memupuk dan meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan yang kukuh untuk masa depan kewangan yang lebih mampan.