SUNGAI AKAR CAMP, Friday, 01 March 2024 – The Religious Department of Royal Brunei Armed Forces organised a Fikrah Talks held at the Briefing Room of Royal Guards Regiment Royal Brunei Land Force (RGdR RBLF) Headquarters, Sungai Akar Camp.
A total of 90 personnel from RGdR RBLF attended the Fikrah Talks which was delivered by Lieutenant Siti Nurhazwani Binti Ismail from the Religious Department RBAF. The talk addresses the concept of F.I.K.R.A.H. (Thinking, Reflecting, Recognizing Mistakes, Ponder, Understanding Consequences, and Knowing Punishment) and conveyed the methods of self-reflection through the concept of T.A.U.B.A.T (Repentance to Allah, Improving Ethics, Embracing Religious Knowledge, Seeking Assistance, Addressing Problems, and Abandoning Sins and Transgressions).
The purpose of this talk was to raise awareness and to have better understanding of shariah crimes in order to reduce moral and social issues related to faith, ethics and shariah. Additionally, it could provide a positive impact on RGdR RBLF personnel in strengthening their understanding in shariah law knowledge and motivating them to improve their lifestyle in accordance with the shariah law.
TAKLIMAT FIKRAH DIADAKAN DI REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Juma’at, 01 Mac 2024 – Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) telah mengendali Taklimat Fikrah yang diadakan di Bilik Taklimat, Markas Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB), Perkhemahan Sungai Akar.
Seramai 90 anggota RPD TDDB telah menghadiri Taklimat Fikrah yang telah disampaikan oleh Leftenan Siti Nurhazwani Binti Ismail dari JAMA’AT. Taklimat ini membincangkan pada konsep F.I.K.R.A.H. (Fikir, Insafi dengan hati, Kenali Kesilapan, Renungkan, Memahami Akibat, dan Mengenali Hukuman) dan ianya juga menyampaikan kaedah insaf diri melalui konsep T.A.U.B.A.T (Taubat kepada Allah, Meningkatkan Akhlak, Hayati Ilmu Ugama, Mencari Bantuan, Atasi Masalah, dan Meninggalkan Dosa dan Kesalahan).
Tujuan taklimat ini untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai jenayah syariah untuk mengurangkan masalah moral dan sosial yang berkaitan dengan akidah, akhlak dan syariah. Tambahan, diharapkan taklimat ini akan memberikan impak positif kepada anggota RPD TDDB dalam meningkatkan kefahaman mereka dalam undang-undang syariah dan memberi dorongan motivasi kepada mereka untuk berusaha memperbaiki gaya hidup mereka mengikut undang-undang syariah.