PENANJONG GARRISON, Thursday, 7 December 2023 – The Field Headquarters Royal Brunei Land Force (RBLF) today hosted a study visit for 50 library members and six staffs from The Language and Literature Bureau, Ministry of Culture, Youth and Sport. The visit was held at the Parade Square of the Armoured Reconnaissance Squadron (ARS) RBLF, Penanjong Garrison.

The visit began with a briefing on the organisation of RBLF which was held at the Auditorium of ARS RBLF. The group then visited an exhibition at the parade square, showcasing a diverse range of military equipment and vehicles used by the ARS, Combat Engineer Squadron and Chemical Biological, Radiology and Explosives. The highlight of the visit was a demonstration of the tactical manoeuvring capabilities of the Combat Vehicle Reconnaisance (Tracked) Scorpion. It concluded with a group photo session.

The visit offers a glimpse into the specialised units operating within RBLF, showcasing their current capabilities. Moreover, it serves as a valuable opportunity for the visitors to grasp the significance of RBLF as a crucial component of national defence.

MARKAS MEDAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI HOS LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PENANJONG GARISON, Khamis, 7 Disember 2023 – Markas Medan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) pada hari ini telah menghoskan lawatan sambil belajar dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang melibatkan seramai 50 ahli perpustakaan dan enam kakitangan. Lawatan tersebut bertempat di Padang Kawad, Skuadron Kereta Perisai Peninjau (SKPP) TDDB, Penanjong Garison.

Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai organisasi TDDB di Auditorium SKPP TDDB. Rombongan lawatan seterusnya dibawa ke Padang Kawad SKPP bagi menyaksikan pameran dari pelbagai peralatan tentera dan kenderaan kelengkapan pakar yang digunakan oleh SKPP, Skuadron Jurutera Tempur dan Unit Pertahanan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan. Rombongan juga menyaksikan demonstrasi gerakan taktikal Combat Vehicle Reconnaisance (Tracked) Scorpion. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Lawatan ini menerangkan secara ringkas mengenai unit – unit pakar yang beroperasi di TDDB serta mempamerkan keupayaan sedia ada. Ia juga menjadi peluang berharga bagi para pelawat untuk memahami peranan TDDB sebagai komponen penting dalam pertahanan negara.