PENANJONG GARRISON, Thursday, 12th November 2026 – The First Squadron Armour, Royal Brunei Land Forces (1st Sqn Armour RBLF), organised an educational visit by Sultan Haji Hassanal Bolkiah Arabic School, Rimba, to Field Command RBLF. The visit was held at the 1st Sqn Armour RBLF’s Auditorium, Penanjong Garrison.

The delegation comprised 5 teachers and 28 students, led by Ustazah Dayangku Zulfa Humaira binti Pengiran Abdul Razak. Upon arrival, the delegation was welcomed by officers of RBLF Field Command, followed by briefings delivered by representatives from units under RBLF Field Command on their respective roles, responsibilities and combat support capabilities.

The programme featured static displays of military assets and equipment, including the Combat Vehicle Reconnaissance (Tracked) (CVR(T)) Scorpion and CVR(T) Sultan from 1st Sqn Armour RBLF, explosive ordnance disposal (EOD) equipment from 2nd Squadron, Engineer Regiment RBLF (2nd Sqn Engr Regt RBLF), and an airboat from Combat Boat Squadron RBLF. The students also witnessed a mobility demonstration of the CVR(T) Scorpion and experienced a ride in the vehicle within the 1st Sqn Armour RBLF compound. The visit concluded with an exchange of appreciation between representatives of Field Command RBLF and the school delegation, followed by a group photograph.

Organised as part of the school’s post-examination activities, the visit provided students with an opportunity to gain insights into military life and a better understanding of RBLF’s role in safeguarding national security and sovereignty. The programme also reflected RBLF’s continued commitment to fostering patriotism, strengthening civil-military relations and inspiring the younger generation.

MEDAN TDDB TERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH ARAB SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

PENANJONG GARISON, Khamis, 12 November 2026 – Skuadron Armor Pertama, Tentera Darat Diraja Brunei (Skn Armor 1 TDDB), telah menganjurkan lawatan sambil belajar daripada Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Rimba, ke Medan TDDB. Lawatan tersebut berlangsung di Auditorium Skn Armor 1 TDDB, Garison Penanjong.

Delegasi seramai 33 orang, terdiri daripada 5 orang guru dan 28 orang penuntut, diketuai oleh Ustazah Dayangku Zulfa Humaira binti Pengiran Abdul Razak. Kehadiran delegasi dialu-alukan oleh pegawai-pegawai Medan TDDB, diikuti dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh wakil unit-unit di bawah Medan TDDB mengenai peranan, tanggungjawab dan keupayaan bantuan tempur masing-masing.

Program tersebut turut menampilkan pameran statik aset dan kelengkapan ketenteraan, termasuk kenderaan Combat Vehicle Reconnaissance (Tracked) (CVR(T)) Scorpion dan CVR(T) Sultan daripada Skn Armor 1 TDDB, kelengkapan pemusnahan bahan letupan (Explosive Ordnance Disposal – EOD) daripada Skuadron 2, Rejimen Jurutera TDDB (Skn 2 Rejimen Jurutera TDDB), serta airboat daripada Skuadron Bot Tempur TDDB. Penuntut turut berpeluang menyaksikan demonstrasi pergerakan CVR(T) Scorpion dan menaiki kenderaan tersebut di kawasan Skn Armor 1 TDDB. Lawatan diakhiri dengan penyampaian penghargaan antara wakil Medan TDDB dan delegasi sekolah, diikuti dengan sesi bergambar ramai.

Lawatan yang merupakan sebahagian daripada aktiviti selepas peperiksaan sekolah ini telah memberikan peluang kepada para penuntut untuk mengenali kehidupan ketenteraan serta memahami peranan TDDB dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Program ini turut mencerminkan komitmen berterusan TDDB dalam menyemai semangat patriotisme, memperkukuh hubungan tentera dengan masyarakat serta memberikan inspirasi kepada generasi muda.