BERAKAS GARRISON, Monday, 14 October 2019 - Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) received a Farewell Call from Colonel Keosouvanh Phangphilavong, Defence Attaché of the Lao People’s Democratic Republic to Brunei Darussalam at the RBLF Headquarters, Berakas Garrison.

During the courtesy visit, Commander RBLF and the Laos Defence Attache expressed the long-standing defence relationship which is strengthened by exchange of visits, meetings and courses. Both sides also discussed on opportunities to further enhance the bilateral relations between the two countries.

The Commander of RBLF also conveyed his appreciation to Colonel Keosouvanh Phangphilavong for his contribution during his tenure in Brunei Darussalam.

Colonel Keosouvanh Phangphilavong became the Defence Attaché of the Lao People’s Democratic Republic to Brunei Darussalam on 02 June 2016.




KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAOS

BERAKAS GARISON, Isnin 14 Oktober 2019 - Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima kunjungan perpisahan daripada Yang Mulia Kolonel Keosouvanh Phangphilavong, Atase Pertahanan Republik Demokratik Rakyat Laos bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Pemerintah TDDB dan Atase Pertahanan Republik Demokratik Rakyat Laos telah menyatakan rasa gembira terhadap hubungan pertahanan yang kukuh dan lama terjalin diantara kedua-dua negara yang diperkuatkan lagi melalui pelbagai interaksi seperti pertukaran lawatan, mesyuarat dan kursus. Kedua belah pihak juga membincangkan peluang-peluang kerjasama untuk terus meningkatkan hubungan dua hala diantara kedua-dua negara.

Pemerintah TDDB juga menyampaikan penghargaan kepada Kolonel Keosouvanh Phangphilavong atas sumbangannya disepanjang perkhidmatan sebagai Atase Pertahanan Republik Demokratik Rakyat Laos kepada Brunei Darussalam.

Kolonel Keosouvanh Phangphilavong menjawat jawatan beliau sebagai Atase Pertahanan Republik Demokratik Rakyat Laos kepada Brunei Darussalam bermula pada 02 Jun 2016.