TUTONG, Wednesday, 7 February 2024 – The Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) has successfully organised the Exercise Planning Conference (EPC) Exercise LATMA KERIS SATRIA 15/2024, featuring collaborative planning between 2Bn RBLF and the 515th Raider Infantry Battalion/Ugra Tapa Yudha of the Indonesian National Army (Yonif 515 UTY/9/2 KOSTRAD). This crucial four-day event, taking place from 5th to 8th February 2024, facilitated direct engagement between Brunei Darussalam and Indonesian delegations.
Yonif 515 UTY/9/2 KOSTRAD were led by Lieutenant Colonel Infantry Arianto Maskare, Chief of Staff for the ASEAN Joint Cooperation and Training Division, and Lieutenant Colonel Infantry Aditya Wira Respati, Commandant of Yonif 515 UTY/9/2 KOSTRAD received a warm welcome from the RBLF delegation, led by Lieutenant Colonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Commanding Officer of 2Bn RBLF, along with participating officers.
During the visit, a conference was held at the Officers’ Mess at Tutong Camp, chaired by the Commanding Officer of 2Bn RBLF, focusing on coordination for an upcoming Field Training Exercise (FTX) scheduled for April 22nd to 30th, 2024. The meeting concluded with the formal signing of minutes and exchange of mementos. The delegation also visited Tutong Camp, the designated jungle training area in Sungai Banyu, Mukim Ukong, FIBUA Village, Training Simulation Centre, and School of Infantry RBLF at Penanjong Garrison. Cultural excursions to sites like the Brunei History Centre and Kampong Ayer Gallery were enjoyed by the visiting delegation from Yonif 515 UTY/9/2 KOSTRAD.
The program ended with a dinner at Tarindak D’Seni, Bandar Seri Begawan. The visit served as a platform for effective exercise management and planning, aimed at enhancing bilateral ties and cooperation between the two land forces.







EXERCISE PLANNING CONFERENCE BAGI EKSESAIS LATMA KERIS SATRIA 15/2024
TUTONG, Rabu, 7 Februari 2024 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) dengan kolaberasi padu bersama Batalyon Infanteri Raider 515/Ugra Tapa Yudha Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat (Yonif 515 UTY/9/2 KOSTRAD) telah berjaya mengendalikan Exercise Planning Conference (EPC) bagi Eksesais LATMA KERIS SATRIA 15/2024 yang diadakan selama empat hari bermula 5 hingga 8 Februari 2024 di Negara Brunei Darussalam.
Ketibaan delegasi Yonif 515 UTY/9/2 KOSTRAD yang diketuai bersama oleh Leftenan Kolonel Infanteri Arianto Maskare, Ketua Staf Bahagian Kerjasama dan Latihan Bersama ASEAN (Pabandya 1/Kerma ASEAN Spaban V/Kermalat ASEAN Slatad), dan Leftenan Kolonel Infanteri Aditya Wira Respati, Komandan Yonif 515 UTY/9/2 KOSTRAD telah disambut oleh Leftenan Kolonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB bersama pegawai – pegawai TDDB yang terlibat.
Satu mesyuarat telah diadakan di Mes Pegawai Perkhemahan Tutong, yang dipengerusikan oleh Pegawai Memerintah 2Bn TDDB, ianya memberi tumpuan kepada penyelarasan untuk Field Training Exercise (FTX) akan datang yang dijadualkan pada 22 hingga 30 April 2024. Mesyuarat berakhir dengan menandatangani minit mesyuarat dan pertukaran cenderahati. Delegasi turut melawat Perkhemahan Tutong, kawasan latihan hutan yang ditetapkan di Sungai Banyu, Mukim Ukong, Kampung FIBUA, Training Simulation Centre dan Sekolah Infantri TDDB di Penanjong Garison. Lawatan kebudayaan ke tapak seperti Pusat Sejarah Brunei dan Galeri Kampong Ayer telah dinikmati oleh delegasi pelawat dari Yonif 515 UTY/9/2 KOSTRAD.
Program diakhiri dengan jamuan makan malam di Tarindak D’Seni, Bandar Seri Begawan. Lawatan itu berfungsi sebagai platform untuk pengurusan dan perancangan latihan yang berkesan, demi meningkatkan hubungan dua hala dan kerjasama antara kedua angkatan darat