BANYUWANGI, Thursday, 22 June 2023 – The Exercise Planning Conference (EPC) for Exercise KERIS SATRIA 2023 has successfully concluded at El Royal Hotel Meeting Room, Banyuwangi, Timur Jawa, Republic of Indonesia. The EPC was held from 20 June 2023 until 22 June 2023 between Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) and Batalyon Infanteri Raider 515/Ugra Tapa Yudha (Bn Inf Raider 515/UTY) Indonesian Army.
The arrival of Brunei delegation lead by Major Khairul Azme bin Haji Awang Mohidin, Deputy Commanding Officer Support Battalion RBLF was welcomed by Lieutenant Colonel Infantry Aditya Wira Respati, Commanding Officer of Bn Inf Raider 515/UTY, Indonesian Army.
The conference commenced with opening remarks from both sides and continued with a visit on the infrastructure and facilities at Bn Inf Raider 515/UTY. It ended with a closing remarks from Commanding Officer of Bn Inf Raider 515/UTY, presentation of mementos and a group photo session.
The EPC aims to coordinate and discuss the plans and administration matters for Exercise KERIS SATRIA 2023 which will be held in August 2023 in the Republic of Indonesia. This exercise is held annually and hosted by both countries on an alternate basis.
EXERCISE PLANNING CONFERENCE (EPC) BAGI EKSESAIS KERIS SATRIA 2023
BANYUWANGI, Khamis, 22 Jun 2023 – Exercise Planning Conference (EPC) bagi Eksesais KERIS SATRIA 2023 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat Hotel El Royal, Banyuwangi, Timur Jawa Republik Indonesia. EPC tersebut telah bermula pada 20 Jun 2023 hingga 22 Jun 2023 di antara Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) dan Batalyon Infanteri Raider 515/Ugra Tapa Yudha, Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat (Bn Inf Raider 515/UTY, TNI – AD).
Ketibaan rombongan daripada Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Mejar Khairul Azme bin Haji Awang Mohidin, Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion Bantu TDDB telah disambut oleh Leftenan Kolonel Infanteri Aditya Wira Respati, Pegawai Pemerintah Bn Inf Raider 515/UTY, TNI – AD.
Persidangan tersebut dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada kedua belah pihak dan diteruskan dengan lawatan ke prasarana Bn Inf Raider 515/UTY, TNI – AD. Ia berakhir dengan ucapan penutup daripada Pegawai Pemerintah Bn Inf Raider 515/UTY, TNI – AD, penyampaian cenderahati dan sesi bergambar ramai.
EPC ini bertujuan untuk mengkoordinasikan dan membincangkan mengenai hal perancangan dan pentadbiran bagi pelaksanaan Eksesais KERIS SATRIA 2023 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos 2023 di Republik Indonesia. Eksesais tersebut diadakan setiap tahun dan dihoskan oleh kedua-dua negara secara bergilir.