LUMUT CAMP, Thursday, 17th September 2026 – Exercise BRUMAL SETIA 18/2026 and MERTAK BERSATU 16/2026 commenced today with an Opening Ceremony held at 3Bn RBLF, Lumut Camp. 3Bn RBLF in collaboration with the 20th Royal Malay Regiment (20 RAMD) Malaysian Army, are involve in the exercise that is ongoing from 17th to 22nd September 2026.
The Opening Ceremony was officiated by Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Acting Deputy Commander, RBLF and the Malaysian Army delegation was led by Lieutenant General Dato’ Mohammad Suria bin Mohamad Saad, Deputy Commander of the Malaysian Army.
Throughout the exercise, personnel from 3Bn RBLF and the 20 RAMD Malaysian Army will participate in combined training serials and activities aimed at enhancing operational capabilities, strengthening interoperability and facilitating the exchange of knowledge and military expertise.
Exercise BRUMAL SETIA 18/2026 and MERTAK BERSATU 16/2026 further reflects the continued defence cooperation between Brunei Darussalam and Malaysia while fostering professional relationships and strong camaraderie between the personnel. Bilateral exercises play a vital role as part of the three pillars of defence – namely Defence Diplomacy- as they strengthen strategic ties, enhance interoperability, build trust and cooperation between armed forces.





EKSESAIS BRUMAL SETIA 18/2026 DAN MERTAK BERSATU 16/2026 BERMULA
PERKHEMAHAN LUMUT, Khamis, 17 September 2026 – Eksesais BRUMAL SETIA 18/2026 dan Eksesais MERTAK BERSATU 16/2026 telah bermula dengan Upacara Pembukaan yang diadakan di 3Bn TDDB, Perkhemahan Lumut. Anggota dari 3Bn TDDB dan 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Tentera Darat Malaysia (TDM) terlibat di dalam latihan tersebut yang telah bermula dari 17 hingga 22 September 2026.
Upacara Pembukaan telah disempurnakan oleh Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemangku Timbalan Pemerintah TDDB dengan Delegasi TDM diketuai oleh Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad Suria bin Mohamad Saad, Timbalan Panglima TDM.
Sepanjang eksesais, anggota daripada 3Bn TDDB dan 20 RAMD akan melaksanakan pelbagai siri eksesais dan aktiviti bersama yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan operasi, memperkukuh kerjasama serta memudahkan perkongsian ilmu dan kepakaran ketenteraan.
Eksesais BRUMAL SETIA 18/2026 dan Eksesais MERTAK BERSATU 16/2026 mencerminkan kerjasama pertahanan yang berterusan antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, di samping mengeratkan hubungan profesional serta semangat setia kawan di kalangan anggota. Latihan dua hala memainkan peranan penting sebagai salah satu tiga tonggak pertahanan iaitu diplomasi pertahanan, kerana ia memperkukuh hubungan strategik, meningkatkan interoperabiliti serta memupuk kepercayaan dan kerjasama antara angkatan tentera.