BERAKAS GARRISON, Thursday, 24 December 2020 –
The end of the year school holiday celebration
continues with an Al-Quran recitation and Azan workshop followed by an Azan competition and a colouring activity held by C Company First Battalion Royal Brunei Land Force (C Coy 1Bn RBLF) at Surau
Al-Fa’izun, Berakas Garrison.
A total of 12 children participated in the event with the winner for the Best Azan was won by Md Haziq Wadii bin Hazir followed by Md Syafiq Nasrullah bin Azim as the runner up and Firzi Hafimi bin Imran at third place.
This end of year school holiday event serves to foster closer family ties by spending time together with family members of 1Bn RBLF but also encourages learning and improvement through religious activities.

MENYEMARAKKAN SUASANA SURAU DI MUSIM CUTI PERSEKOLAHAAN
BERAKAS GARISON, Khamis, 24 Disember 2020 – Aktiviti sempena cuti persekolahan diteruskan dengan bengkel membaca Al-Quran dan Azan yang mana majlis ini diserikan lagi dengan pertandingan Azan dan aktiviti mewarna yang dikendalikan oleh Kompeni C Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (Komp C 1Bn TDDB) bertempat di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison.
Seramai 12 kanak-kanak menyertai acara tersebut yang mana juara bagi pertandingan Azan dimenangi oleh Md Haziq Wadii bin Hazir diikuti oleh Md Syafiq Nasrullah bin Azim di tempat kedua dan Firzi Hafimi bin Imran di tempat ketiga.
Aktiviti sempena cuti persekolahan bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan anggota 1Bn TDDB di samping menggalakkan lagi inisiatif pembelajaran dan penghayatan agama melalui aktiviti berkebajikan ini.