TUTONG, Thursday, 14 January 2021 – Taking a different approach to community outreach, personnel from B Company of Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) went to Kampung Layong Mosque to perform Maghrib prayers with the Imam, Mosque committee and residents of Kampung Layong. This was followed with the recitation of Surah Yaasin, Tahlil and Doa Arwah as well as Isyak prayers before proceeding to the Mosque’s Multi-Purpose Hall to enjoy some light refreshments and interact with the local residents.
This event left a positive impact to the local residents and allows personnel of 2Bn RBLF to foster stronger relationships with the local community as well as to enliven the mosques and surau of rural areas within Tutong District.


MENYEMARAKKAN MASJID KAMPUNG LAYONG DENGAN AKTIVITI KEAGAMAAN
TUTONG, Khamis, 14 Januari 2021 – Anggota-anggota dari Kompeni B Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengunjungi Masjid Kampung Layong pada hari ini untuk mengadakan aktiviti keagamaan bersama penduduk kampong tersebut. Turut hadir ialah Imam, Ahli Jawatankuasa Masjid dan penduduk-penduduk Kampung Layong dalam sama-sama menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diteruskan lagi dengan bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Arwah. Selain itu, mereka turut menunaikan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah sebelum menikmati jamuan ringan dan saling berinteraksi dengan penduduk kampung di Dewan Serbaguna, Masjid Kampung Layong.
Acara seumpama ini memberikan impak yang positif dengan memberikan peluang anggota-anggota 2Bn TDDB untuk mengukuhkan hubungan ukhuwah bersama penduduk-penduduk kampong, di samping menyemarakkan lagi masjid-masjid dan balai ibadah di kawasan pedalaman Daerah Tutong.