
TUTONG, Thursday, 11th March 2021 –Taking a different approach to community outreach, personnel from the Admin Company of 2Bn RBLF went to Kampong Bukit Mosque to interact and perform Maghrib prayers with the Imam, Mosque committee and the residents. The event was then followed by the recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah and Isyak prayers.
This event had positive feedback from the local residents as it allows personnel of 2Bn RBLF to foster a stronger relationship with the local residents and to enliven the mosques and surau of rural areas within Tutong District.

MENYEMARAKKAN MASJID KAMPUNG BUKIT DENGAN AKTIVITI KEAGAMAAN
TUTONG, Khamis, 11 Mac 2021 – Melalui pendekatan yang berbeza dalam menjalin hubungan erat bersama masyarakat tempatan, anggota-anggota daripada Kompeni Pentadbiran 2Bn TDDB telah berkunjung ke Masjid Kampong Bukit untuk berinteraksi dan menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah bersama dengan Imam, Ahli Jawatankuasa Masjid dan penduduk-penduduk Kampung. Majlis diteruskan dengan membaca Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah, dan seterusnya diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah.
Acara tersebut memberikan impak yang positif dengan memberikan peluang anggota-anggota 2Bn TDDB untuk mengukuhkan hubungan ukhuwah bersama penduduk-penduduk kampong di samping menyemarakkan lagi masjid-masjid dan balai ibadah di kawasan pedalaman Daerah Tutong.