TUTONG, Thursday, 17 December 2020 – Taking a different approach to community outreach, personnel from A Company of Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) went to Kampung Bang Dalam Mosque to perform Maghrib prayers with the Imam, Mosque committee and residents of Kampong Bang Dalam. This was followed by the recitation of Tahlil and Isyak prayers before proceeding to the Mosque’s Multi-Purpose Hall to enjoy some light refreshments and interact with the local residents.

This event had positive feedback from the local residents as it allows personnel of 2Bn RBLF to foster a stronger relationship with the local residents as well as to enliven the mosques and surau of rural areas within Tutong District.

MENYEMARAKKAN MASJID KAMPUNG BANG DALAM DENGAN AKTIVITI KEAGAMAAN

TUTONG, Khamis, 17 Disember 2020 – Dalam mengukuhkan jalinan ukhuwah yang erat bersama masyarakat sekeliling, anggota-anggota daripada Kompeni A Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengambil peluang untuk melaksanakan aktiviti keagamaan dengan berkunjung ke Masjid Kampung Bang Dalam. Melalui kunjungan tersebut, antara aktiviti yang dilaksanakan ialah menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah bersama dengan Imam, Ahli Jawatankuasa Masjid dan penduduk-penduduk Kampung Bang Dalam. Selain itu, bacaan Tahlil dan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah turut dilaksanakan sebelum menikmati jamuan ringan dan seterusnya berinteraksi dengan penduduk kampung di Dewan Serbaguna, Masjid Kampung Bang Dalam.

Aktiviti seumapama ini sememangnya memberikan impak yang positif dengan memberikan peluang anggota-anggota 2Bn TDDB untuk merapatkan lagi hubungan kemasyarakatan dengan penduduk-penduduk kampong di samping menyemarakkan lagi masjid-masjid dan balai ibadah di kawasan pedalaman Daerah Tutong.