
BRUNEI MUARA, Thursday, 01 July 2021 – Taking a different approach to community outreach, personnel from A Company of First Battalion Royal Brunei Land Force (A Coy 1Bn RBLF) went to Kampong Batu Marang Mosque.
The entourage was led by Lieutenant Muhammad Hafiy Fitri bin Awang Adanan, Platoon Commander of A Coy 1 Bn RBLF.
The event commenced with performing mass Maghrib prayers with the Head Village, Imam, Mosque committee and residents of Kampong Batu Marang. The event continued with the recitation of Surah Yaasin, Tahlil and Isya’ Prayers followed by a group photo and light refreshment where the personnel of 1Bn RBLF had the opportunity to interact with the residents of Kampong Batu Marang.
This event aims to have a positive impact with the local residents as it allows personnel of RBLF to foster a stronger relationship with the local residents as well as to enliven the mosques of rural areas within theBrunei Muara District.
MENYEMARAKKAN MASJID KAMPONG BATU MARANG DENGAN AKTIVITI KEAGAMAAN
BRUNEI MUARA, Khamis, 01 Julai 2021 – Melalui pendekatan yang berbeza dalam menjalin hubungan erat bersama masyarakat tempatan, anggota-anggota daripada Kompeni A Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (Komp A 1Bn TDDB) telah berkunjung ke Masjid Kampong Batu Marang.
Rombongan tersebut telah diketuai oleh Leftenan Muhammad Hafiy Fitri bin Awang Adanan, Ketua Platun Komp A 1Bn TDDB.
Majlis dimulakan dengan menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah bersama dengan Ketua Kampong, Imam, Ahli Jawatankuasa Masjid dan penduduk-penduduk Kampong Batu Marang. Majlis diteruskan dengan membaca Surah Yaasin, Tahlil dan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah diikutii dengan sesi bergambar ramai dan menikmati jamuan ringan dimana anggota-anggota Komp A 1Bn TDDB telah berpeluang untuk berinteraksi dengan penduduk Kampong Batu Marang.
Acara tersebut diharapkan memberi impak yang positif dengan memberikan peluang anggota-anggota TDDB untuk mengukuhkan hubungan ukhuwah bersama penduduk-penduduk kampong di samping menyemarakkan lagi masjid-masjid dan balai ibadah di kawasan pedalaman Daerah Brunei Muara.