
KAMPONG BATU APOI, Thursday, 21 April 2022 – In conjunction with the blessed month of Ramadhan, personnel of Echo Company, First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) went to Kampong Batu Apoi Mosque as a religious approach to community outreach.
The event commenced with mass Isya prayer followed by Tarawih and Witir Prayers. It continued with Tadarus Al-Quran led by Imam Shamsuddin bin Haji Azahari., Imam of Kampong Batu Apoi Mosque and concluded with a group photo session.
The event serves to further strengthen the relationship between RBLF personnel with the local community as well as to enliven the mosques of rural areas within the Temburong District.

MENYEMARAKKAN MASJID KAMPONG BATU APOI DENGAN AKTIVITI KEAGAMAAN
KAMPONG BATU APOI, Khamis, 21 April 2022 – Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkah, anggota-anggota dari Kompeni E, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan aktiviti keagamaan dengan mengunjungi Masjid Kampong Batu Apoi dalam mengeratkan lagi hubungan bersama masyarakat tempatan di kawasan tersebut.
Majlis dimulakan dengan menunaikan Solat Fardhu Isya’ berjemaah diikuti dengan Solat Sunat Tarawih dan Solat Sunat Witir berjemaah. Ia diteruskan dengan bacaan Tadarus Al-Quran yang diketuai oleh Imam Shamsuddin bin Haji Azahari, Imam Masjid Kampong Batu Apoi yang mana majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Aktiviti seumpama ini merupakan salah satu usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga TDDB dengan masyarakat setempat di samping menyemarakkan lagi masjid-masjid di kawasan pedalaman Daerah Temburong.