TUTONG, Thursday, 29 December 2022 – Taking a different approach to community outreach, especially in the rural areas, a programme to enlighten the religious activities in Balai Ibadat Hajah Aminah, Long Mayan, was conducted by personnel from Admin Company Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) along with the local residents.

The event commenced with mass Maghrib prayer, followed by the recitation of Surah Yassin, Tahlil, and Isya’ prayer. It concluded with a group photo session.

This enlivening program for rural mosques and balai ibadat fosters a stronger relationship between RBLF personnel with the local community as well as to enliven the mosques, surau, and balai ibadat of rural areas within the Tutong District.

MENYEMARAKKAN BALAI IBADAT HAJAH AMINAH LONG MAYAN, TUTONG DENGAN AKTIVITI KEAGAMAAN

TUTONG, Khamis, 29 Disember 2022 – Melalui pendekatan yang berbeza dalam menjalin hubungan erat bersama masyarakat tempatan terutamanya di kawasan pedalaman, program bagi menyemarakkan balai ibadat melalui aktiviti keagamaan telah diungkayahkan oleh anggota-anggota dari Kompeni Pentadbir, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) bertempat di Balai Ibadat Hajah Aminah Long Mayan bersama masyarakat tempatan di kawasan berkenaan.

Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan membaca Surah Yassin, Tahlil dan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Aktiviti seumpama ini merupakan salah satu usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga TDDB dengan masyarakat setempat di samping bertujuan bagi menyemarakkan lagi masjid-masjid, surau dan balai ibadat terutamanya di kawasan pedalaman Daerah Tutong.