
BRUNEI MUARA, Thursday, 06 May 2021 – In conjunction with the blessed month of Ramadhan, personnel from A Company First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) embarked on a religious approach for community outreach by visiting Kampong Sungai Bunga Mosque.
The event commenced with Tahlil and Doa Arwah followed by Iftar, Maghrib & Isya prayers. The event continued with Terawih & Witir Prayers followed by Tadarus Al-Quran. The event proceeded with the presentation of the donation to the orphans of Kampong Sungai Bunga and concluded with a group photo.
This religious activity serves to enliven the mosques in rural areas within the Brunei Muara District. This activity also aims to further strengthen the relationship between RBLF personnel and the local community and to encourage the desire to serve and contribute to society as well as to alleviating the burden of orphans in celebrating Ramadhan and the upcoming Hari Raya Aidilfitri.


AKTIVITI PENGIMARAHAN MASJID KAMPONG SG BUNGA DAN PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA ANAK YATIM DI KAMPONG SG BUNGA
BRUNEI MUARA, Khamis, 06 Mei 2021 – Sempena bulan Ramadan yang penuh berkah, anggota-anggota dari Kompeni A Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengambil pendekatan melalui keagamaan dalam menjalin hubungan erat bersama masyarakat tempatan dengan berkunjung ke Masjid Kampong Sungai Bunga.
Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah diikuti dengan berbuka puasa, menunaikan Solat Fardhu Maghrib serta Isya’ berjemaah dan diteruskan dengan Solat Sunat Terawih, Solat Sunat Witir berjemaah dan Tadarus Al-Quran . Majlis kemudian diteruskan dengan sumbangan derma kepada anak-anak yatim Kampong Sungai Bunga dan di akhiri dengan bergambar ramai.
Acara tersebut bertujuan untuk mengimarahkan lagi masjid-masjid di pendalaman Daerah Brunei Muara. Selain daripada itu, aktiviti ini juga diharap dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim anggota TDDB bersama penduduk kampung dan memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat serta untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim semasa bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.