BANGAR, Tuesday, 4th August 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF), represented by officers and personnel from the ‘E’ Company, First Battalion Royal Brunei Land Forces (‘E’ Coy 1Bn RBLF), joined citizens and residents of Temburong District in greeting His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, during a Get-Together event held in conjunction with His Majesty’s 80th Birthday Celebration at the Pekan Bangar Civic Centre Complex field, Temburong District.
The celebration commenced with the singing of the National Anthem “Allah Peliharakan Sultan”, followed by special performances. His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Royal Family members then consented to receive a meet-and-greet session commencing with the organising committees and performers, followed by the citizens and residents, government departments and non-governmental organisations of the Temburong District, including officers and personnel from the ‘E’ Coy 1Bn RBLF. His Majesty was greeted by Major Pengiran Mohammad Syahir Fadillah bin Pengiran Haji Salleh, Officer Commanding, ‘E’ Coy, 1Bn RBLF.










KOMP ‘E’, 1BN TDDB SERTAI MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE-80 TAHUN
BANGAR, Selasa, 4 Ogos 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), yang diwakili oleh pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kompeni ‘E’, Batalion Pertama TDDB (Komp ‘E’ 1Bn TDDB), telah menyertai rakyat dan penduduk Daerah Temburong bagi menjunjung ziarah Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Ramah Mesra Sambutan Hari Keputeraan Baginda Ke-80 Tahun yang berlangsung di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Daerah Temburong.
Sambutan dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan “Allah Peliharakan Sultan”, diikuti dengan persembahan khas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli-ahli Kerabat Diraja seterusnya dijunjung berangkat bagi Majlis Ramah Mesra yang dimulai dengan Ahli-ahli Jawatankuasa, para peserta persembahan, dan disusuli dengan rakyat dan penduduk, wakil-wakil daripada jabatan-jabatan kerajaan serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Daerah Temburong termasuk Pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari Komp ‘E’ 1Bn TDDB. Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah dijunjung oleh Mejar Pengiran Mohammad Syahir Fadillah bin Pengiran Haji Salleh, Pegawai Memerintah Komp ‘E’, 1Bn TDDB.