BERAKAS GARRISON, Tuesday, 16 February 2021 – The RBLF has held
Doa Kesyukuran to mark the 47th birthday of His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at Prime Minister’s Office.

Present as the Guest of Honour at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garisson was the Commander of RBLF, Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. Also present were Senior Officers, Officers and RBLF other ranks. The event began with the recital of Surah Al-Ma’idah verse 8 to 11 read by 52977 Sld Muhammad Zainul Ariffin bin Hj Haminuddin, Champion of the RBLF’s Musabaqah Tilawah Al-Quran in 2020. It was then followed by Maghrib prayer, Sunat Hajat prayer and the recital of Surah Yaasin. The event then concluded with
Doa Kesyukuran for His Royal Highness and Isya’ prayers. Similiar event was also held at Surau Pengiran Ratna Indera Tutong Camp, Surau Ar-Rahmah Lumut Camp, Surau Al-Quwwah Bangar Camp and Masjid Pulau Baru-Baru. Present at the event were officers and personnel from respective camps.

 

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE-47

BERAKAS GARISON, Selasa, 16 Februari 2021 – TDDB telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Puja Usia yang ke 47-tahun bagi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dalam majlis yang diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Ma’idah ayat 8 hingga 11 yang dibacakan oleh 52977 Sld Muhammad Zainul Ariffin bin Hj Haminuddin, Juara Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat TDDB tahun 2020. Majlis seterusnya diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yaasin. Majlis diakhiri dengan Doa Kesukuran bagi Duli Yang Teramat Mulia dan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah. Majlis yang sama juga diadakan di Surau Pengiran Ratna Indera Perkhemahan Tutong, Surau Ar-Rahmah Perkhemahan Lumut, Surau Al-Quwwah Perkhemahan Bangar dan Masjid Pulau Baru-Baru. Hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari setiap perkhemahan yang terlibat.