SURAU AL-FA’IZUN BERAKAS GARISON , Khamis 22 Februari 2018 – Negara Brunei Darussalam akan menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-34 dengan tema ‘Menjayakan Wawasan Negara’.
Sehubungan itu, Majlis Doa Kesyukuran, Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Surah Yaasin, dan Sembahyang Fardu Isyak telah diadakan lewat petang hari ini di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara. Majis seumpamanya turut diadakan di semua surau Perkhemahan tentera.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Surau Berakas Garison, Perkhemahan Berakas adalah Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan turut serta hadir di acara ialah Ketua Staf TDDB serta Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan Rendah TDDB.
Acara diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin dan Doa Khas sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-34 tahun dan majlis kemudian diteruskan dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.


