BERAKAS GARRISON, Friday, 14 July 2023 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held a Doa Kesyukuran in conjunction with the 77th birthday celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam at all suraus within RBLF camps.
Present for the ceremony held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander RBLF. Also present were Senior Officers, officers, and RBLF personnel. Similar ceremonies were also held simultaneously at all RBLF camps attended by respective Commanding Officers, officers and personnel including Pulau Baru-Baru Mosque.
The event began with the recitation of Surah Al-Mulk verses 1 to 11 led by Sergeant Ali Hussin bin Zakaria, followed by the congregational Maghrib Prayer and Sunnat Hajat which was led by Imam Haji Mohd Anndy bin Saile, Imam of Surau Al-Fa’izun. It continued with the recital of Surah Yassin and Tahlil. The event concluded with Doa Kesyukuran, Doa Peliharakan Sultan and Isya’ Prayer.




MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN
DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-77
BERAKAS GARISON, Juma’at, 14 Julai 2023 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-77 tahun bertempat di semua perkhemahan TDDB.
Hadir bagi majlis yang diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai, dan anggota-anggota TDDB. Majlis yang sama turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB yang dihadiri oleh Pegawai-pegawai Pemerintah, pegawai-pegawai dan anggota-anggota perkhemahan masing-masing termasuk di Masjid Pulau Baru-Baru.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 11 oleh Sarjan Ali Hussin bin Zakaria, diikuti dengan menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan sembahyang Sunat Hajat yang dipimpin oleh Imam Haji Mohd Anndy bin Saile, Imam Surau Al-Fa’izun. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan serta sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah