BANGAR CAMP, Saturday, 28 November 2020 – E Company First Battalion Royal Brunei Land Force assisted in the execution of multi government agencies Humanitarian Assistance Disaster Relief Operation in Kampong Selapon, Temburong District.
Part of the relief efforts was the delivery of rations provided by Community Development Department of The Ministry of Culture, Youth and Sports to Kampong Selapon for the stranded residents’ daily necessities and extraction of a pregnant local woman to Pengiran Isteri Hajjah Mariam Hospital both conducted using helicopter from The Royal Brunei Air Force.
Royal Brunei Land Force will continue to be involved in disaster relief efforts to maintain security and stability in those areas affected.



BANTUAN BENCANA ALAM KE KAMPUNG SELAPON DAERAH TEMBURONG
PERKHEMAHAN BANGAR, Sabtu, 28 November 2020 – Kompeni E, Batalion Pertama Tentara Darat Diraja Brunei dalam kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan telah memberikan bantuan dalam operasi bantuan kemanusiaan dan bencana alam di Kampong Selapon, Daerah Temburong.
Antara usaha bantuan yang dilaksanakan adalah penghantaran barang catuan kering yang dibekalkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Kompeni E Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei kepada warga penduduk Kampong Selapon dan pergerakan seorang penduduk wanita yang hamil ke rumah sakit Pengiran Isteri Hajah Mariam dimana kedua-duanya dilaksanakan dengan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Brunei.
Tentera Darat Diraja Brunei akan terus memberikan bantuan dan kerjasama dalam usaha untuk menjaga keselamatan kepada kawasan yang terjejas.