BERAKAS GARRISON, Monday, 12 June 2023 – Dental Services Royal Brunei Land Force (RBLF) held a Parade and Doa Kesyukuran Ceremony in conjunction with its 51st anniversary at the Dental Services Building, Berakas Garrison.
Present as the Guest of Honour was Colonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Chief Dental Officer (CDO) of Dental Services RBLF. Also present were Senior Dental Officers, Officers, Dental Services Sergeant Major, Senior Non-Commissioned Officers and dental personnel including civilian staff and Technical Equipment Maintenance Division to commemorate the event.
Upon arrival, the Guest of Honour was given the honourary salute and inspected the parade led by Captain Dr Muhammad Nur Azwan bin Arrif. The CDO was then invited to deliver his speech.
In his speech, CDO highlighted the various achievements by Dental Services RBLF for the past year when Dental Services celebrated its Golden Jubilee, 50 years since its establishment on 11 June 1972. The CDO also announced that the Dental Services RBLF has received approval to undergo a comprehensive restructuring transformation and will increase its staffing from 55 to 106 personnel for the first time in 30 years. With the existence of new staffing it will ensure a more robust, professional and organised management. The CDO also highlighted that the success of Dental Services RBLF is the result of cooperation, commitment, camaraderie and professionalism of the entire Dental Service staff in implementing their duties and activities with sincerity and excellence.
Lastly, the CDO expressed his highest appreciation and thanks for the devotion and contribution provided by two retiring dental personnel, Lieutenant Colonel Dr Haslina binti Junaidi, the first female Dental Officer who reached 19 years of service and Warrant Officer Two Saluma binti Pandin who has served for 30 years.
The event continued with the recitation of Doa Kesyukuran led by Private Muhammad Fa’ez Hafiyuddin bin Muhedin, and concluded with a group photo session.

KHIDMAT PERGIGIAN TDDB RAIKAN HARI ULANG TAHUN KE-51 TAHUN
BERAKAS GARISON, Isnin, 12 Jun 2023 – Khidmat Pergigian, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Perbarisan dan Doa Kesyukuran bersempena Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) penubuhannya ke-51 tahun bertempat di bangunan Khidmat Pergigian, Berakas Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kolonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Ketua Pegawai Pergigian, TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai – pegawai, Sarjan Mejar Pergigian, Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan, anggota dan kakitangan awam Khidmat Pergigian serta Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal.
Sejurus ketibaan, Tetamu Kehormat menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan perbarisan yang diketuai oleh Kapten Dr Muhammad Nur Azwan bin Arrif, diikuti dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat.
Melalui ucapan tersebut, beliau mengimbas kembali sambutan Jubli Emas pada tahun lalu yang menekankan tentang pencapaian yang diraih sejak 50 tahun penubuhannya iaitu pada 11 Jun 1972. Beliau mengumumkan bahawa Khidmat Pergigian telah pun diluluskan untuk menjalani transformasi penstrukturan secara komprehensif dan adanya pertambahan siri perjawatan dari 55 anggota ke 106 anggota yang mana ini kali pertama dilakukan setelah 30 tahun lamanya. Dengan adanya siri perjawatan baru tersebut ia akan membantu menjamin pengurusan perkhidmatan yang lebih mantap, profesional dan teratur. Kejayaan yang dicapai merupakan hasil kerjasama, komitmen, setiakawan dan profesionalisma dari seluruh warga Khidmat Pergigian dalam merealisasikan apa jua perancangan dengan penuh keikhlasan dalam menuju kecemerlangan.
Pada akhirnya, Ketua Pegawai Pergigian turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa bakti yang dicurahkan oleh dua anggota pergigian yang akan bersara iaitu Leftenan Kolonel Dr Haslina binti Junaidi, perintis pegawai pergigian wanita pertama yang akan mencapai 19 tahun perkhidmatan dan juga Pegawai Waran 2 Saluma binti Pandin yang telah berkhidmat selama 30 tahun.
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh Soldadu Muhammad Fa’ez Hafiyuddin bin Muhedin, dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.