AUSTRALIA, 27 September 2023 – Colonel (Dr) Jefri bin Haji Abdul Razak, Chief Dental Services, Royal Brunei Land Force (RBLF) attended the Section Defence Forces Dental Services (SDFDS) Annual Meeting and the Federation Dentaire Internationale Annual World Dental Congress (FDI AWDC) that was held from 21 September 2023 until 27 September 2023 in Sydney, Australia accompanied by Captain Dr Muhammad Nur Azwan bin Arrif, Dental Officer 3Bn RBLF.

The SDFDS Annual Meeting is the main forum for international military dental services which is held annually and includes presentations and discussions on clinical issues, operations and management of military oral health services provision. This year’s event is hosted by the Australian Defence Force Dentistry and the SDFDS Executive Committee at the Anzac Memorial in Sydney. Also, in attendance were Military Dental Heads and Dental Officers representing military dental services from 17 countries with a total of 90 international and local participants.

Meanwhile, the FDI AWDC is the premier annual world congress that presents the latest in current scientific knowledge, clinical practice, technology and developments in the oral health field which was held over four days and attended by more than 5000 dentists from 130 countries. Participants also have the opportunity to attend the Trade Exhibition which showcases the latest dental technical equipment, treatment medications, science and technology currently available on the market in the field of dentistry.

 

KHIDMAT PERGIGIAN TDDB HADIR MESYUARAT SECTION DEFENCE FORCES DENTAL SERVICE DAN FEDERATION DENTAIRE INTERNATIONALE ANNUAL WORLD DENTAL CONGRESS

AUSTRALIA, 27 September 2023 – Kolonel (Dr) Jefri bin Haji Abdul Razak, Ketua Khidmat Pergigian, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), telah menghadiri Mesyuarat Section Defence Forces Dental Service (SDFDS) dan Federation Dentaire Internationale Annual World Dental Congress (FDI AWDC) yang berlangsung pada 21 September 2023 hingga 27 September 2023 di Sydney, Australia. Kapten (Dr) Muhammad Nur Azwan bin Arrif, Pegawai Pergigian TDDB turut hadir pada sidang mesyuarat tersebut.

Mesyuarat SDFDS merupakan forum utama perkhidmatan pergigian tentera antarabangsa yang berlangsung setiap tahun yang merangkumi taklimat serta perbincangan mengenai hal-ehwal klinikal, operasi dan pengurusan, khususnya dalam bidang khidmat pergigian tentera. Pada tahun ini, ia dianjurkan oleh Australian Defence Force Dentistry dan Komiti Eksekutif SDFDS di Anzac Memorial Sydney. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Ketua-Ketua dan Pegawai-Pegawai Pergigian dari perkhidmatan pergigian tentera mewakili 17 negara dengan para peserta antarabangsa dan tempatan yang berjumlah seramai 90 orang.

FDI AWDC pula merupakan kongres utama awam sedunia yang mengemukakan ilmu dan perkembangan terkini dalam bidang kesihatan pergigian yang dihadiri oleh kira-kira 5000 Doktor Pergigian dari 130 negara yang berlangsung selama empat hari dan mengemukakan pelbagai taklimat serentak disampaikan oleh pakar-pakar dari jenis jurusan bidang pergigian yang berbeza. Peserta juga berpeluang menghadiri Pameran Perdagangan (Trade Exhibition) yang mempamerkan alat kelengkapan teknikal pergigian, ubat-ubatan rawatan dan sains serta teknologi terkini dalam bidang rawatan pergigian antarabangsa.