BERAKAS GARRISON, Thursday, 25th September 2025 – The Combat Service Support Royal Brunei Land Forces (CSS RBLF) hosted a two-day awareness talk in collaboration with the Royal Brunei Police Force (RBPF), held at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. In attendance were Lieutenant Colonel Azhar bin Matzan, Commandant of the CSS RBLF, officers, personnel, and civilian staff from RBLF sub-units. The talk was delivered by Inspector Nurul Hakimah binti Haji Yakob and Probation Inspector Maziah binti Mahusin, from the Women and Children Investigation Unit, RBPF.

The awareness talks encompass practical advice and real-life examples to assist in recognising, preventing, and responding appropriately to issues related to sexual harassment. These sessions are aimed at educating personnel and promoting a safe, respectful environment, while cultivating a culture of respect, dignity, and accountability that benefits everyone.




KBK TDDB MENGANJURKAN TAKLIMAT KESEDARAN

BERAKAS GARISON, Khamis, 25 September 2025 – Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah mengendalikan Taklimat Kesedaran selama dua hari, dengan kerjasama Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Turut hadir ialah Leftenan Kolonel Azhar bin Matzan, Komandan KBK TDDB, pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan awam dari sub-unit TDDB. Taklimat telah disampaikan oleh Inspektor Nurul Hakimah binti Haji Yakob dan Inspektor Percubaan Maziah binti Mahusin, dari Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, PPDB.

Taklimat kesedaran tersebut merangkumi nasihat praktikal serta contoh-contoh sebenar bagi membantu dalam mengenal pasti, mencegah, dan bertindak balas dengan sewajarnya terhadap isu berkaitan gangguan seksual. Sesi ini adalah bertujuan untuk mendidik dan mempromosikan persekitaran yang selamat, disamping memupuk budaya hormat-menghormati, menjaga maruah, dan akauntabiliti yang memberi manfaat kepada semua anggota.