MUKIM SUKANG, Saturday, 22 August 2020 – Units from the Royal Brunei Land Force (RBLF), The Combat Engineers Squadron, Support Battalion, (CES Sp Bn) RBLF together with the Assault Pioneer Platoon, Command Company, Third Battalion (AP Plt Comd Coy 3Bn) RBLF working in collaboration with external agency, the Fire and Rescue Department to provide assistance to the affected residents of Kampong Apak-Apak Longhouse due to roof damages to several houses.
The damages was caused by a strong wind that happened on 31 July 2020 which has affected the residents of Kampong Apak-Apak Longhouse. In response, CES Sp Bn RBLF and AP Plt Comd Coy 3Bn RBLF has been entrusted to provide assistance to lessen the concerns of Kampong Apak-Apak Longhouse residents that were affected.
This charitable assistance is focused on repairing the damaged roofs and roofs structure of Kampong Apak-Apak Longhouse with new construction materials to improve the stability, safety and comfort of the residents of Kampong Apak-Apak Longhouse.
Conducting Community Assistance is one of the RBAF’s social responsibilities and also one of the RBLF’s roles, which is to conduct the ‘Hearts and Minds’ Project and charitable work in an effort to contribute and foster the welfare of the community that are in need of help and assistance. It is also to strengthen RBAF’s relationships with the local community.


BANTUAN KEMASYARAKATAN DI RUMAH PANJANG KAMPONG APAK-APAK
MUKIM SUKANG, Sabtu, 22 Ogos 2020 – Unit-Unit Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) iaitu Skuadron Jurutera Tempur, Batalion Bantu, Tentera Darat Diraja Brunei (SJT Bn Bantu TDDB) dan Platun Rintis Serang, Kompeni Memerintah, Batalion Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei (Pl Rinser Komp Mem 3Bn TDDB) berkerjasama dengan agensi luar iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi memberikan bantuan kepada penduduk Rumah Panjang Kampong Apak-Apak disebabkan kerosakan atap kepada beberapa buah rumah.
Kerosakan ini berpunca semasa kejadian angin kencang pada 31 Julai 2020 yang mana telah menjejaskan penduduk rumah panjang kampong tersebut. SJT Bn Bantu TDDB dan Pl Rinser Komp Mem 3Bn TDDB telah diamanahkan untuk memberi bantuan kepada penduduk rumah panjang Kampong Apak-Apak.
Bantuan amal ini bertumpu kepada pembaikkan atap dan struktur rumah yang rosak dengan menggunakan bahan bina yang baru untuk meningkatkan kestabilan, keselamatan dan keselesaan penduduk Rumah Panjang Kampong Apak-Apak.
Melaksanakan Bantuan Kemasyarakatan ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan salah satu peranan TDDB iaitu mengendalikan Projek ‘Hearts and Mind’. Kerja-kerja amal merupakan sumbangan berkebajikan yang ikhlas dihulurkan sebagai tanda komitmen terhadap kebajikan masyarakat yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Ini adalah satu cara untuk menghubungkan tali silaturhaim di antara warga ABDB dengan masyarakat umum.