KUALA BELAIT, Thursday, 12 December 2019 – A delegation led by Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer of Third Battalion Royal Brunei Land Forces (3Bn RBLF) conducted a working visit today at the Narcotics Control Bureau (NCB) in Kuala Belait.

The work visit was received by Haji Nawawi Bin Dato Paduka Haji Jaidin, Chief Narcotics Officer for the Belait District where he deliver a welcoming speech to the delegation in which he hopes that the visit would meet its objectives and strengthen the collaboration and cooperation between 3Bn and NCB.

The purpose of the visit was to discuss the trends of drug abuse and to provide insights and ideas on how it can be improved in furthering the initiative in the dissemination of information on drug abuse that could lead to self-harm.

The visit was also included with a special briefing delivered by Hjh Norhayani binti  Abdullah from the Investigation and Prosecution Branch and Suffian Hj Yussof from the Control Unit Post.

LAWATAN KERJA PEMERINTAH BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE BIRO KAWALAN NARKOTIK, KUALA BELAIT

KUALA BELAIT, Khamis, 12 Disember 2019 – Rombongan Pegawai-pegawai dari Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan lawatan kerja ke Biro Kawalan Narkotik(BKN), Kuala Belait.

Rombongan lawatan kerja ini diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Haji Nawawi Bin Dato Paduka Haji Jaidin, Ketua Pegawai Narkotik bagi Daerah Belait semasa menyampaikan ucapannya ketika mengalu-alukan lawatan kerja rombongan dari 3Bn berharap lawatan tersebut dapat memenuhi objektifnya dan yang lebih penting dapat mengukuhkan kolaborasi serta kerjasama diantara pihak 3Bn dan BKN.

Antara perkara yang dibincangkan adalah trend penyalahgunaan dadah dan perkongsian maklumat mengenainya. Lawatan kerja ini juga telah membuka peluang bagi kedua pihak untuk berkerjasama dari segi latihan dan pendidikan serta mempertingkatkan lagi inisiatif dalam penyaluran informasi mengenai bahayanya penggunaan dadah yang boleh memudaratkan dan merugikan diri sendiri.

Sesi lawatan tersebut juga dirangkumi dengan taklimat khas yang disampaikan oleh Yang Mulia Hjh Norhayani binti Abdullah dari Cawangan Penyiasatan dan Pendakwaan dan daripada Yang Mulia Suffian Hj Yussof dari Unit Pos Kawalan.