TUTONG CAMP, Saturday, 01 January 2022 – Lieutenant Colonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, Commanding Officer of Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) attended a meeting session with the Advanced Infantry Course Passing Out Recruit Intake 167. The session was held at Ar-Rizq Hall, 2Bn RBLF.

Upon arrival, the Commanding Officer of 2Bn RBLF was welcomed by Major Alimin bin Haji Ahamad, Officer Commanding of Bravo Company 2Bn RBLF. The meeting session began with the recital of Surah Al-Fatihah led by Lieutenant Abdul Qawi Ariq bin Haji Mohamed Hussain. During the session, Commanding Officer of 2Bn RBLF emphasised the importance of knowledge, highly disciplined personnel and professionalism in performing their duties. He also advised that the commitment of military personnel is significant while the adaptation towards a positive working environment and implementation of core values serves as factors towards achieving success throughout their career. He further advised for all personnel to avoid from getting involved in any illegal activities that will impact the reputation of the organisation.

The meeting concluded with a question and answer session and the recitation of doa.

SESI PERJUMPAAN PEGAWAI PEMERINTAH BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BERSAMA ANGGOTA KURSUS LANJUTAN INFANTRI PENGAMBILAN 167

PERKHEMAHAN TUTONG, Sabtu, 01 Januari 2022 - Leftenan Kolonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, Pegawai Pemerintah Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah menghadiri sesi perjumpaan bersama anggota-anggota Kursus Lanjutan Infantri bagi Lepasan Rekrut Pengambilan 167 yang diadakan bertempat di Dewan Ar-Rizq, Perkhemahan Tutong, 2Bn TDDB.

Sejurus tiba, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB disambut oleh Mejar Alimin bin Haji Ahamad, Pegawai Memerintah, Kompeni B 2Bn TDDB. Perjumpaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Leftenan Abdul Qawi Ariq bin Haji Mohamed Hussain. Semasa sesi tersebut, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB menekankan kepentingan ilmu pengetahuan, anggota tentera yang berdisiplin tinggi dan profesional dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Beliau juga menasihatkan komitmen selaku anggota tentera merupakan tugas yang signifikan dan pengadaptasian suasana kerja yang positif serta nilai teras tentera merupakan salah satu pemacu kejayaan dalam kerjaya tentera. Di samping itu, anggota juga perlu mengelakkan diri dari terlibat di dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang kerana ia mampu menjejaskan reputasi organisasi.

Perjumpaan tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab dan diteruskan dengan bacaan doa.