
TUTONG CAMP, Monday, 01 November 2021 - Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) held a Handover ceremony for the appointment of the new Commanding Officer of 2Bn RBLF, Lieutenant Colonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman and the outgoing 2Bn RBLF Commanding Officer, Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee. The ceremony took place at the Officers’ Mess 2Bn RBLF, Tutong Camp.
Present to witness the ceremony were officers and personnel of 2Bn RBLF via video teleconference in accordance with the guidelines from the Ministry of Health.
The handover ceremony commenced with the signing of parchment followed by the recital of Surah Al-Fatihah before watching a tribute video for the outgoing 2Bn RBLF Commanding Officer. The ceremony then continued with a speech from the outgoing Commanding Officer followed by the official signing of Handover Certificate and handing over the ‘Asol Qiyadah’ Command Cane to the newly appointed 2Bn RBLF Commanding Officer.
The ceremony then continued with a speech from the newly appointed 2Bn RBLF Commanding Officer before concluding the ceremony with the recital of Doa Selamat led by Lieutenant Mohammad Fadzli bin Hussin.
UPACARA SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN TUTONG, Isnin, 01 November 2021 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Upacara Serah Terima Tugas di antara Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB yang baru iaitu Leftenan Kolonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman dan Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB yang lama, Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee. Upacara tersebut telah diadakan di Mes Pegawai 2Bn TDDB, Perkhemahan Tutong.
Hadir bagi menyaksikan upacara tersebut ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota 2Bn TDDB secara dalam talian mengikut garispandu daripada Kementerian Kesihatan.
Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB dimulakan dengan menandatangani Lembaran Kenangan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum diteruskan dengan menonton video kenangan bagi Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB yang lama. Upacara diteruskan dengan ucapan dari Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB yang lama sebelum disambung dengan menandatangani sijil Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kepimpinan ‘Asol Qiyadah’ kepada Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB yang baru.
Upacara kemudian diteruskan dengan ucapan dari Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB baru dan diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Leftenan Mohammad Fadzli bin Hussin.