BERAKAS GARRISON, Thursday 04 April 2019 – The Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF), Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh received a Farewell Courtesy Call from His Excellency Vladlen Stanislavovich Semivolos, the Ambassador of Russia held at the RBLF Headquarters, Berakas Garrison.
The Commander of RBLF expressed his appreciation and gratitude to His Excellency Vladlen Stanislavovich Semivolos for the good relationship and engagements throughout his service as the Ambassador of Russia in Brunei Darussalam. During the call, both sides exchanged views and highlighted matters of common interest including matters related to defence cooperation where both sides hoped could be further enhanced and developed. Such laudable efforts are hoped to directly enhance the bilateral defence relationship to uphold the aspirations as stated in the Memorandum of Understanding on Military Cooperation signed on 26 April 2017 and 04 April 2018 between both countries.
PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA DUTA RUSSIA
BERAKAS GARISON, Khamis 04 April 2019 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah menerima Kunjungan Perpisahan daripada Tuan yang Terutama Vladlen Stanislavovich Semivolos, Duta Russia ke Markas TDDB, Berakas Garison. 
Pemerintah TDDB merakamkan penghargaan dan terima kasih diatas hubungan dan penglibatan sepanjang perkhidmatan Tuan yang Terutama Vladlen Stanislavovich Semivolos selama bertugas selaku Duta Russia ke Negara Brunei Darussalam. Semasa kunjungan hormat, kedua belah pihak bertukar pandangan dan membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama termasuk yang berkaitan dengan kerjasama pertahanan, di mana kedua pihak berharap dapat dipertingkatkan dan diperkembangkan lagi. Usaha sedemikian juga di harap dapat mendokong secara langsung aspirasi seperti yang dinyatakan dalam Memorandum Persefahaman Kerjasama Ketenteraan yang ditandatangani pada 26 April 2017 dan 04 April 2018 di antara kedua negara.
