PENANJONG GARRISON, Monday, 25 September 2023 – Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) made his working visit to Support Battalion (Sp Bn) RBLF today at Penanjong Garrison. Also present were Field Commander RBLF and senior officers of RBLF.
The visit commenced with the welcoming remarks by Major Khairul Azme bin Haji Mohidin, Acting Commanding Officer of Sp Bn RBLF, followed by a brief on the unit’s capability and capacity, on-going projects and way forward of Sp Bn RBLF. It continued with a tour to Sp Bn RBLF units, Armoured Reconnaissance Squadron, Combat Engineer Squadron and Chemical, Biological, Radiological and Explosive Defense Unit.
The visit allows Commander RBLF to have a closer look at the level of readiness and preparedness of the unit in carrying out their roles, and tasks as well as to strengthen further the bond between all levels of officers and personnel of Sp Bn RBLF.


LAWATAN KERJA PEMERINTAH TDDB KE BATALION BANTU TDDB
PENANJONG GARISON, Isnin, 25 September 2023 – Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) membuat lawatan kerja ke Batalion Bantu (Bn Bantu) TDDB pada hari ini bertempat di Penanjong Garison. Rombongan lawatan terdiri daripada Pemerintah Medan TDDB dan Pegawai-Pegawai Kanan TDDB.
Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh oleh Mejar Khairul Azme bin Haji Mohidin, Pemangku Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB dan diteruskan dengan taklimat mengenai kapasiti dan keupayaan, projek yang sedang dijalankan serta hala tuju Bn Bantu TDDB. Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke unit-unit Bn Bantu iaitu lawatan ke Skuadron Kereta Perisai Peninjau, Skuadron Jurutera Tempur dan Unit Pertahanan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan.
Lawatan ini membolehkan Pemerintah TDDB melihat dengan lebih dekat tahap kesediaan dan kesiapsiagaan unit dalam menjalankan peranan dan tugas yang diamanahkan serta hala tuju yang dirancangkan, sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua peringkat pegawai dan anggota Batalion Bantu TDDB.