LUMUT CAMP, Monday, 17th August 2026 – The Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF), Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, conducted a leadership talk session with 173 personnel from the Advanced Infantry Course (AIC) 10/2026 at Ad-Din Hall, Third Battalion RBLF (3Bn RBLF), Lumut Camp. A total of 173 course participants from male recruits of Intake 179 attended the session.
The session commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the recitation of the RBLF Pledge led by Private Md Amirul Akeem bin Shamrin, the course participants’ representative. In the session, Commander RBLF reminded all personnel to remain grateful and proud upon their training completion, while appreciating the continuous support of their parents and families. He also emphasised the importance of developing personnel who are courageous, resilient and mentally robust, while instilling the RBAF Core Values of Loyalty, Piety, Courage and Professionalism. Personnel were reminded to maintain high standards of discipline, understand their roles and responsibilities, uphold the organisation’s vision and mission, and contribute towards becoming a Mission-Ready Land Forces that is competent and takes pride in its service. He further reminded all personnel to uphold their integrity and safeguard the good reputation of the RBLF by refraining from immoral and unlawful activities. The session concluded with a question-and-answer session, followed by a closing Doa and a meet-and-greet session between the Commander of the RBLF and the course participants.
The AIC is a comprehensive training programme aimed at strengthening basic infantry skills, with emphasis on advanced tactical operations, leadership development, professionalism and teamwork to enhance overall operational readiness. The course commenced on 11th May 2026 and concluded on 14th August 2026.








SESI LEADERSHIP TALK PEMERINTAH TDDB BERSAMA PESERTA KURSUS LANJUTAN INFANTRI
PERKHEMAHAN LUMUT, Isnin, 17 Ogos 2026 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, telah mengadakan sesi Leadership Talk bersama 173 anggota dari Kursus Lanjutan Infantri 10/2026 di Dewan Ad-Din, Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB), Perkhemahan Lumut. Seramai 173 peserta kursus telah menghadiri sesi tersebut.
Sesi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Ikrar TDDB yang dipimpin oleh Soldadu Md Amirul Akeem bin Shamrin, wakil peserta kursus. Semasa sesi tersebut, Pemerintah TDDB mengingatkan semua anggota untuk sentiasa bersyukur dan berbangga kerana telah berjaya menamatkan latihan, di samping menghargai sokongan berterusan daripada ibu bapa dan keluarga. Beliau turut menekankan kepentingan melahirkan anggota yang berani, berdaya tahan dan mempunyai ketahanan mental yang tinggi, disamping menerapkan Nilai-Nilai Teras ABDB iaitu Setia, Takwa, Berani dan Profesional. Anggota turut diingatkan untuk mengekalkan tahap disiplin yang tinggi, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing, serta mendukung visi dan misi organisasi ke arah mewujudkan Mission-Ready Land Forces yang kompeten dan membanggakan. Pemerintah TDDB seterusnya mengingatkan semua anggota agar sentiasa menjaga integriti dan nama baik TDDB dengan menjauhi sebarang aktiviti yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang. Sesi tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab, diikuti dengan bacaan doa serta sesi ramah mesra antara Pemerintah TDDB dan peserta kursus.
Kursus Lanjutan Infantri merupakan program latihan komprehensif yang bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran asas infantri dengan penekanan terhadap operasi taktikal lanjutan, pembangunan kepimpinan, profesionalisme dan kerjasama berpasukan bagi meningkatkan kesiapsiagaan operasi secara menyeluruh. Kursus ini bermula pada 11 Mei 2026 dan berakhir pada 14 Ogos 2026.