BERAKAS GARRISON, Thursday, 02 January 2020
– The Combat Service Support, Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) received a working visit from Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the RBLF and delegation. The working visit is a continuation of the Commander RBLF’s visit to the various units under CSS RBLF.

Upon arrival, the Commander of RBLF was welcomed by Colonel Dr Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan, Acting Commandant as well as other officers from CSS RBLF. The Commander of RBLF proceeded for a photo session with the CSS Head of Department and other officers from CSS. The visit was then followed with the signing of parchment, a visit to CSS Pay office and a tour to the Force Transport, Signal Squadron and Ammo Depot infrastructures and facilities. The visit concluded with light refreshments.

The visit serves to evaluate the effectiveness, readiness and preparedness of units under CSS RBLF in performing their roles and responsibilities in a professional and effective manner.


LAWATAN KERJA PEMERINTAH TDDB KE ELEMEN-ELEMEN BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Khamis, 02 Januari 2020 – Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah menerima kunjungan daripada Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB berserta rombongan sempena lawatan kerja beliau ke unit-unit TDDB. Lawatan ini adalah lawatan kerja kesinambungan selepas lawatan Pemerintah TDDB ke unit-unit di bawah KBK TDDB sebelum ini.

Sejurus tiba, Pemerintah TDDB disambut oleh Yang Mulia Kolonel Dr Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan, Pemangku Komandan dan juga Ketua-ketua Jabatan elemen Khidmat Bantuan Kombat.

Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar ramai Pemerintah TDDB bersama dengan Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai elemen Khidmat Bantuan Kombat. Lawatan diteruskan dengan menandatangani lembaran kenangan, diikuti dengan lawatan ke Pejabat Gaji Khidmat Bantuan Kombat dan lawatan ke bangunan-bangunan dan kemudahan yang terdapat di Kenderaan Pasukan, Skuadron Semboyan dan Depoh Peluru TDDB. Lawatan tersebut diakhiri dengan menikmati jamuan ringan.

Adapun matlamat dan tujuan lawatan ini adalah untuk mengukur dan menilai tahap keberkesanan, kesediaan dan kesiapsiagaan
(effectiveness, readiness and preparedness) unit-unit Khidmat Bantuan Kombat TDDB dalam melaksanakan peranan, tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan secara professional dan berkesan.