BERAKAS GARRISON, Thursday, 09 December 2021 – Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) received a farewell call from Colonel Zaenal Arifin, the outgoing Defence Attaché of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam who were accompanied by Colonel Doddy Suhadiman, the incoming Defence Attaché of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam today at RBLF Headquarters. The courtesy call was carried out in accordance with the protocols that have been set by the Ministry of Health.

During the call, Commander RBLF conveyed his appreciation to Colonel Zaenal Arifin for his cooperation and contribution during his tenure as the Defence Attaché of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam in coordinating bilateral cooperation between both countries. He also welcomed Colonel Doddy Suhadiman to Brunei Darussalam and look forward to any opportunity for cooperation and interactions between Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia. 

The Commander of RBLF also acknowledged the friendly diplomatic relations between Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia that has progressed positively over the years through the exchanges of visits, courses, training and multilateral interactions. The call concluded with a luncheon hosted by the Commander of RBLF and a group photo session.

Colonel Zaenal Arifin was appointed as the Defence Attaché of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam in 2018, whilst Colonel Doddy Suhadiman will take over the appointment as Defence Attaché of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam in December 2021. 



PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN BERSAMA ATASE PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERAKAS GARISON, Khamis, 09 December 2021 – Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima kunjungan perpisahan daripada Kolonel Zaenal Arifin, mantan Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam diiringi oleh Kolonel Doddy Suhadiman, Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam yang baru, hari ini bertempat di Markas TDDB.  Kunjungan perpisahan tersebut telah dilaksanakan mengikut protokol yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Semasa perjumpaan tersebut, Pemerintah TDDB menyatakan rasa penghargaannya kepada Kolonel Zaenal Arifin atas kerjasama dan sumbangan beliau sebagai Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam di sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam mengkoordinasi kerjasama dua hala di antara kedua buah negara. Beliau juga turut mengucapkan selamat datang ke Negara Brunei Darussalam kepada Kolonel Doddy Suhadiman di samping berharap dapat meningkatkan kerjasama dan interaksi yang erat antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia pada masa akan datang.

Pemerintah TDDB juga meluahkan rasa penghargaan atas hubungan diplomatik dua hala yang mesra antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia yang telah berkembang baik selama bertahun-tahun melalui pertukaran lawatan, kursus, latihan dan interaksi pelbagai hala. Kunjungan tersebut diakhiri dengan jamuan tengah hari dan sesi bergambar ramai.

Kolonel Zaenal Arifin telah dilantik sebagai Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam sejak tahun 2018 manakala Kolonel Doddy Suhadiman akan mula mengambil alih perjawatan tersebut bermula bulan Disember 2021.