BERAKAS GARRISON, Friday, 02 August 2019– Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, the Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) met with the officers and key personnel of First Battalion RBLF (1Bn RBLF) at Dewan Pahlawan, Berakas Garison. A total of 188 personnel from the Battalion Headquarters, Rifle Companies and Specialist Departments attended the session. 

The session serves to strengthen the Battalion key leadership’s understanding and to further instill a sense of responsibility and accountability in terms of security, discipline and professionalism. ‘To lead by example’ was further discussed as a way of thinking that must be applied by all key leadership according to the current operating environment and challenges. The session further emphasised the need for ‘Care for soldier’ by means of understanding and knowing individual soldiers’ strengths and weaknesses through interviews, inspections and leadership talks conducted by all key leadership. The event ended with a recitation of doa and a group photo session.

SESI PERJUMPAAN YANG MULIA PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BERSAMA DENGAN RANGKAIAN KEPIMPINAN BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Jumaat, 02 Ogos 2019– Sesi perjumpaan Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diteruskan lagi dengan Pegawai-pegawai, Pegawai-pegawai Waran, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei. Seramai 188 anggota dari Markas Batalion, semua Kompeni Repal dan Platun Spesialis telah menghadiri sesi tersebut. 

Sesi ini bertujuan untuk memperkukuh dan meningkatkan kefahaman serta rasa tanggungjawab dan akauntabiliti pada diri seluruh rangkaian perintah batalion dari segi keselamatan, disiplin dan profesionalisma. ‘To lead by example’juga telah dibincangkan dengan lebih lanjut sebagai cara berfikir yang harus diterapkan oleh semua rangkaian kepimpinan selaras dengan keadaan persekitaran operasi dan cabaran semasa. Sesi ini menekankan lagi keperluan untuk ‘Care for soldier’dengan cara memahami dan mengetahui kekuatan dan kelemahan setiap individu tentera melalui perlaksanaan temuduga, pemeriksaan dan perjumpaan kepimpinan yang dijalankan oleh rangkaian pemimpin batalion. Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai.