BERAKAS GARRISON, Wednesday, 25 January 2023 – Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF), Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif had a Leadership Talk today with the newly passing out recruits of intake 169 at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. A total of 180 personnel from intake 169 currently undergo the five-weeks Advanced Infantry Course organised by the Third Battalion RBLF (3Bn RBLF).

Upon arrival, the Commander of RBLF was welcomed by Major Erawan bin Haji Abu Bakar, Commanding Officer of 3Bn RBLF. Also present were the Advance Infantry Course organiser and course instructors.

The event commenced with the recital of Surah Al-Fatihah followed by the recitation of RBLF’s Pledge by the course participants. It continued with a Leadership Talk by the Commander of RBLF where he emphasised for all personnel to prepare themselves in all aspects of discipline, spirituality and welfare. He also stressed out the importance of professionalism in carrying out duties and responsibilities that should aim to project a positive image for the RBAF, hence building trust and confidence amongst the public. The session concluded with the Closing Doa.

SESI LEADERSHIP TALK PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BERSAMA PESERTA KURSUS LANJUTAN INFANTRI LEPASAN REKRUT PENGAMBILAN KE-169

BERAKAS GARISON, Rabu, 25 Januari 2023 – Pada hari ini, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif selaku Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah membuat lawatan dan seterusnya mengadakan sesi Leadership Talk bersama anggota-anggota lepasan Rekrut Pengambilan Ke-169 yang sedang menjalani Kursus Lanjutan Infantri bertempat di Perkhemahan Lumut. Seramai 180 anggota terlibat di dalam kursus tersebut yang mana kursus ini diadakan selama lima minggu berturut-turut di bawah pengendalian Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB).

Sejurus ketibaan, Pemerintah TDDB disambut oleh Mejar Erawan bin Haji Abu Bakar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Turut hadir di sesi tersebut ialah Pegawai Pengendali Kursus Lanjutan Infantri dan jurulatih-jurulatih kursus.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan ikrar TDDB. Acara kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Pemerintah TDDB yang mana beliau menekankan agar semua peserta kursus hendaklah sentiasa bersiap sedia di segenap aspek meliputi hal disiplin, kerohanian dan kebajikan. Beliau turut menasihatkan agar peserta sentiasa bersikap profesional dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dan ini setentunya melambangkan imej yang baik terhadap ABDB secara keseluruhannya. Sesi perjumpaan diakhiri dengan bacaan Doa Penutup.​