BOLKIAH GARRISON, Wednesday 9 August 2023 – Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) has made a working visit to Bolkiah Workshop, Land Engineering, Combat Service Support (LE CSS) RBLF. Also present during the visit were Commandant of CSS RBLF, senior officers and officers of RBLF Headquarters.

The visit commenced with a welcoming speech from Lieutenant Colonel Muhammad Aiman Syazwi bin Abdul Rahim, Commanding Officer of LE CSS RBLF, followed by a briefing from Major Muhammad Shahrimi bin Ahmad, Acting Deputy Staff Officer of LE CSS RBLF, focusing on the oversight and growth of LE CSS RBLF. The presentation covered various aspects, including human resources management, capacity enhancement, production and technical aspects, equipment and infrastructure and future plans of the unit.

It continued with the commander’s speech which he highlighted the application of Satria, Setia and Sedia philosophy to enhance the core value of Royal Brunei Armed Forces. The visit proceeded to Mechanical section to observe the maintenance and repair of equipment handled by technicians and concluded with commander’s guidance for Land Engineering development and way forward plan.

The visit has enabled the Commander of RBLF to have a closer look at the level of readiness and preparedness of the unit in carrying out their roles and tasks as well as to strengthen further the bond between all levels of officers and personnel of LE CSS RBLF.

KUNJUNGAN KERJA PEMERINTAH TDDB KE WOKSYOP BOLKIAH, KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TDDB

BOLKIAH GARISON, Rabu, 9 Ogos 2023 – Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) pada hari ini telah mengadakan kunjungan kerja ke Kejuruteraan Darat Khidmat Bantuan Kombat (KBK) TDDB bertempat di Woksyop Bolkiah, Bolkiah Garison. Turut hadir ialah Komandan KBK TDDB, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari Markas TDDB.

Lawatan dimulakan dengan ucapan alu – aluan daripada Leftenan Kolonel Muhammad Aiman Syazwi bin Abdul Rahim, Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK TDDB dan diteruskan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Mejar Muhammad Shahrimi bin Ahmad, Pemangku Timbalan Pegawai Turus Kejuruteraan Darat KBK TDDB yang menumpukan terhadap penyeliaan dan perkembangan unit tersebut. Ia juga merangkumi pelbagai aspek termasuk pengurusan sumber tenaga manusia, kapasiti, produksi dan teknikal, kelengkapan dan prasarana serta hala tuju unit.

Lawatan diteruskan dengan ucapan daripada Pemerintah TDDB yang menekankan penggunaan tiga falsafah kepimpinan iaitu Satria, Setia dan Sedia dalam memperkukuhkan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Pemerintah TDDB juga melawat ke seksyen Mekanikal bagi meninjau pembaikan kelengkapan yang sedang dikendalikan oleh anggota-anggota teknisyen. Lawatan diakhiri dengan panduan pemerintah bagi rancangan kemajuan dan hala tuju Kejuruteraan Darat.

Lawatan ini membolehkan Pemerintah TDDB melihat dengan lebih dekat tahap kesediaan dan kesiapsiagaan unit dalam menjalankan peranan dan tugas yang diamanahkan, sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua peringkat pegawai dan anggota Kejuruteraan Darat KBK TDDB.