
PULAU BARU-BARU, Thursday, 21st March 2024 – In conjunction of the blessed month of Ramadhan, the Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) hosted an Iftar with the Commander of RBLF, Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman and delegations at Pulau Baru-Baru. In attendance were the Acting Field Commander of RBLF, Assistants Chief of Staff of RBLF HQ and Land Force Sergeant Major.
Upon arrival, the Commander of RBLF and the delegation were welcomed by Major Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Commanding Officer of 3Bn RBLF.
The event commenced with the recitation of Tahlil followed by Iftar and a mass Fardhu Maghrib Prayers. It then continued with dinner before having a mass Fardhu Isya’ Prayers, Terawih, Witir Prayers and Tadarus.
This event serves as a platform for fostering camaraderie between the Commander of RBLF, senior officers and officers with personnel on duty, particularly during this blessed month of Ramadan.




MAJLIS BERBUKA PUASA, TARAWIH DAN TADARUS BERSAMA PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI DI PULAU BARU-BARU
PULAU BARU-BARU, Khamis, 21 Mac 2024 – Sempena menyambut bulan puasa yang penuh berkah, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman dan rombongan bertempat di Pulau Baru-Baru. Hadir bersama rombongan ialah Pemangku Pemerintah Medan TDDB, Penolong-penolong Ketua Staf TDDB, Markas TDDB dan Sarjan Mejar TDDB.
Kedatangan rombongan telah disambut oleh Mejar Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil, bersungkai dan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan menikmati jamuan makan malam. Majlis diteruskan dengan Sembahyang Fardhu Isya’, Terawih, Witir berjemaah dan diakhiri dengan Tadarus Al-Quran.
Majlis ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara Pemerintah TDDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai TDDB bersama anggota-anggota yang bertugas di Pulau Baru-Baru terutama sekali di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.